Kumpulan C Piala Dunia 2026 menampilkan pertembungan antara kuasa besar bola sepak dunia yang sedang dalam fasa transisi, berdepan dengan pasukan yang mempunyai semangat juang tinggi dan taktikal yang kental.

Kumpulan C: Brazil, Maghribi, Scotland, Haiti

Kita akan melihat pertembungan antara ‘Joga Bonito’ versi moden Carlo Ancelotti menentang organisasi pertahanan Maghribi yang sangat disiplin. Jangan lupa juga Scotland yang datang dengan semangat ‘Braveheart’ dan Haiti yang mahu membuktikan mereka bukan sekadar pelengkap jadual.

1. Brazil: Misi Julang ‘Hexa’ Bersama Don Carlo

Formasi Utama: 4-3-3 / 4-2-3-1

Gaya Permainan: Di bawah Carlo Ancelotti, Brazil tidak lagi hanya bergantung kepada bakat individu semata-mata. Ancelotti telah menyuntik elemen ‘functional football’ yang lebih seimbang.

Pasukan pilihan utama kumpulan C, dan pasukan paling berjaya dalam Piala Dunia itu akan menggunakan kepantasan pemain sayap seperti Vinicius Jr dan Raphinha untuk melakukan ‘isolations’ satu lawan satu.

Di tengah, Bruno Guimaraes atau Casemiro bertindak sebagai ‘engine room’ yang mengatur transisi. Brazil versi ini lebih sabar dalam membina serangan tetapi sangat maut dalam fasa ‘final third’.

Seterusnya agak menarik untuk melihat bagaimana legenda hidup  mereka, Neymar, bagaimana sumbangan dia kali ini.

Kelemahan: Isu utama Selecao sering kali adalah ‘defensive transition’ apabila mereka terlalu ghairah menyerang. Jika lawan mampu mematahkan serangan awal dan melakukan serangan balas pantas, pertahanan Brazil boleh nampak agak rapuh.

Pemain Tumpuan: Vinicius Jr (The Golden Boy), Casemiro, Raphinha

Baca juga:

Previu Kumpulan B Piala Dunia 2026: Kanada Mahu Pamer ‘Heavy Metal Football’ Di Bumi Sendiri

2. Maghribi: ‘The Atlas Lions’ Mahu Ulang Magis 2022

Formasi Utama: 4-1-4-1 / 4-3-3

Gaya Permainan: Maghribi masih mengekalkan DNA yang membawa mereka ke separuh akhir di Qatar. Mereka adalah pakar dalam sistem ‘low block’ yang sangat kompak.

Mungkin kali ini mereka akan tampil dengan lebih berani dengan bintang bintang yang beraksi di Eropah.

Maghribi kini memiliki pasukan yang lebih kuat dan lebih matang. Malah Carlo Ancelotti melabel mereka antara calon pencabar Piala Dunia kali ini. Mereka berada di ranking kelapan dunia ketika ini.

Dan Ancelotti waspada ancaman Maghribi dalam aksi kumpulan C.

Ancelotti berkata: “Pasukan pilihan edisi kali ini? Sepanyol, Argentina, Perancis dan Maghribi. Kami [Brazil] akan berada di belakang mereka dalam perlumbaan.”

Maghribi tidak kisah memberikan penguasaan bola kepada lawan, tetapi mereka akan menutup setiap inci ruang di kawasan ‘half-space’.

Sofyan Amrabat kekal sebagai ‘destroyer’ di depan rantaian empat pertahanan. Apabila mendapat bola, transisi mereka melalui Achraf Hakimi adalah antara yang terpantas di dunia.

Kelemahan: Mereka kadangkala berdepan masalah ketumpulan menjaringkan gol jika penyerang utama mereka buntu.

Pemain Tumpuan: Achraf Hakimi (The Speedster), Sofyan Amrabat (The Tank), Brahim DĂ­az (The All Rounder).

3. Scotland: Semangat ‘Tartan Army’ Yang Tidak Mengenal Putus Asa

Formasi Utama: 3-4-2-1 / 5-4-1

Gaya Permainan: Steve Clarke telah membina sebuah pasukan yang sangat sukar untuk ditewaskan. Mereka bermain dengan sistem tiga pertahanan tengah yang sangat fizikal dan gaya Scottish.

Scotland gemar menggunakan ‘overloads’ di bahagian sayap, terutamanya melalui Andrew Robertson. Mereka pasukan yang paling fizikal dalam kumpulan C.

Gaya permainan mereka sangat ‘direct’—mencari pemain sasaran di atas dan memenangi ‘second ball’. Mereka adalah pasukan yang sangat berbahaya dalam situasi bola mati (set-pieces).

Kelemahan: Kreativiti di bahagian tengah menjadi isu jika Scott McTominay dikawal ketat. Mereka juga cenderung untuk ‘drop deep’ terlalu awal, memberikan tekanan yang tidak perlu kepada penjaga gol.

Pemain Tumpuan: Andrew Robertson (The Captain), Scott McTominay (The Clutch Man), John McGinn.

4. Haiti: Semangat ‘Grenadiers’ Mencari Kejutan

Formasi Utama: 4-4-2

Gaya Permainan: Haiti adalah pasukan yang sangat fizikal dan atletik. Mereka tidak mempunyai kemewahan taktikal seperti Brazil, tetapi mereka mempunyai kepantasan untuk mengejutkan pasukan yang memandang rendah keupayaan mereka.

Gaya permainan: Mereka lebih kepada ‘high intensity pressing’ di kawasan tengah untuk memaksa lawan melakukan kesilapan mudah. Mereka akan cuba mengeksploitasi ruang di belakang pertahanan lawan dengan hantaran jauh yang tepat.

Namun dengan kualiti pasukan lain di kumpulan C ini, Haiti dijangka akan lebih fokus kepada bertahan dan cuba menyerang balas lawan mereka.

Apa yang pasti Haiti adalah underdog dan tiada tekanan untuk kempen pertama mereka di Piala Dunia selepas lebih 5 dekad mereka tidak layak.

Kelemahan: Disiplin taktikal sepanjang 90 minit sering menjadi masalah. Di peringkat setinggi Piala Dunia, satu kesilapan kecil dalam kedudukan (positioning) akan dihukum dengan kejam oleh pemain kelas dunia.

Pemain Tumpuan: Duckens Nazon (The Goal Machine), Frantzdy Pierrot.

Baca juga

Previu Kumpulan A Piala Dunia 2026: Pertarungan Sengit 4 Pasukan Dengan Gaya Berbeza

Ramalan Vocket

Kumpulan C ini nampak seperti milik Brazil dan Maghribi di atas kertas. Namun, jangan terkejut jika Scotland mampu mencuri mata daripada salah satu pasukan ini melalui disiplin taktikal mereka.

Haiti pula akan menjadi ‘banana skin’ dalam kumpulan C  ini – yang boleh merosakkan perancangan sesiapa sahaja yang memandang rendah pada mereka.

Jadual perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026

Perlawanan 1

Brazil lwn Maghribi
Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
Masa: 6:00 Pagi
Stadium: MetLife Stadium (New York/New Jersey)

Haiti lwn Scotland
Tarikh: Ahad, 14 Jun 2026
Masa: 9:00 Pagi
Stadium: Boston Stadium (Gillette Stadium)

Perlawanan 2

Scotland lwn Maghribi
Tarikh: Sabtu, 20 Jun 2026
Masa: 6:00 Pagi
Stadium: Boston Stadium (Gillette Stadium)

Brazil lwn Haiti
Tarikh: Sabtu, 20 Jun 2026
Masa: 8:30 Pagi
Stadium: Philadelphia Stadium (Lincoln Financial Field)

Perlawanan 3

Scotland lwn Brazil
Tarikh: Khamis, 25 Jun 2026
Masa: 6:00
PagiStadium: Hard Rock Stadium (Miami)

Maghribi lwn Haiti
Tarikh: Khamis, 25 Jun 2026
Masa: 6:00 Pagi
Stadium: Mercedes-Benz Stadium (Atlanta)