Kumpulan B Piala Dunia 2026 adalah pertarungan di antara pasukan dengan cuba bermain dengan gaya ‘fluid football’ berdepan dengan pasukan yang lasak dan fizikal.
Kumpulan B: Kanada, Switzerland, Qatar, Bosnia & Herzegovina
Kumpulan B ini agak ‘tricky’ kerana keempat empat pasukan berpeluang untuk mara sekiranya pasukan lawan melakukan kesilapan.
1. Kanada: Intensiti Tinggi di Bumi Sendiri
Formasi Utama: 4-2-2-2 / 4-3-3
Gaya Permainan: Kita tahu, Jesse Marsch adalah pengurus yang obses dengan falsafah heavy metal football. Dan dia sudah menerapkan elemen itu ke dalam skuad Kanada.
Asking why Canada would extend Jesse Marsch before the World Cup seems like the right question.
But that ignores so much of what he's done, and can do, for Canadian soccer.
Why Marsch and #CANMNT are perfect for each other, free to read at @TheAthleticFChttps://t.co/F1qR55zWTP
— Joshua Kloke (@joshuakloke) May 26, 2026
Mereka akan cuba tidak memberikan ruang kepada lawan untuk bernafas dengan pressing agresif sejak dari kawasan lawan.
Transisi pantas melalui pemain sayap yang eksplosif menjadi senjata utama mereka untuk mengejutkan pasukan yang lebih teknikal.
Sebagai salah satu tuan rumah, Kanada mempunyai kelebihan moral yang besar. Namun, gaya permainan intensiti tinggi ini menuntut stamina yang luar biasa.
Kelemahan: Jika mereka gagal menjaringkan gol awal, mereka berisiko keletihan di fasa akhir perlawanan, yang boleh dieksploitasi oleh pasukan berpengalaman seperti Switzerland. Ini adalah pentas yang berbeza dan kualiti berbeza.
Pemain Tumpuan: Alphonso Davies (The Speed King), Jonathan David, Stephen Eustáquio (The Midfield General).
2. Switzerland: Kestabilan Dan Konsistensi
Formasi Utama: 4-3-3 / 3-4-3
Gaya Permainan: Di bawah Murat Yakin, Switzerland telah berevolusi menjadi pasukan yang sangat fleksibel secara taktikal.
Mereka boleh bermain dengan penguasaan bola yang dominan atau bertahan secara kompak dan menyerang melalui serangan balas.
Kestabilan di bahagian tengah adalah kunci kepada setiap gerakan mereka. Menjadikan mereka pasukan pilihan untuk kumpulan B.
“La Nati” adalah pasukan yang paling berpengalaman dalam kumpulan B ini.
Mereka jarang melakukan kesilapan taktikal yang mudah. Kelebihan mereka adalah keupayaan untuk membaca rentak lawan dan menukar formasi di tengah perlawanan.
Mereka adalah pilihan utama untuk menjuarai kumpulan ini.
Jordan’s striker told his whole team to forget the manager’s tactics and press high…😳
Switzerland then scored with 3 passes 😭😭 pic.twitter.com/dsPwRUhn7q
— The 44 ⚽️ (@The_Forty_Four) June 1, 2026
Kelemahan: Mereka seringkali tidak cukup berani menonjolkan bola sepak mereka apabila berjumpa dengan lawan yang lebih ‘superior’. Namun di peringkat kumpulan ini, kami jangka mereka akan beraksi dengan gaya lebih berani sebab lawan setara.
Pemain Tumpuan: Manuel Akanji (The Defensive Pillar), Granit Xhaka (The Orchestrator), Breel Embolo
3. Qatar: Juara Asia Mencari Maruah Dunia
Formasi Utama: 5-3-2 / 4-4-2
Gaya Permainan: Tintín Márquez mengekalkan DNA permainan pendek dan teknikal yang membawa Qatar menjuarai Piala Asia. Seterusnya mereka akan cuba bermain dengan sistem pertahanan kompak termasuk ‘chain of 5’.
🚨 🇶🇦 OFFICIAL: Qatar national football team have announced their squad for the FIFA World Cup 2026™ 📋 pic.twitter.com/tRLotp03hF
— CIIA Sports (@CIIASportsINT) June 1, 2026
Fokus utama mereka adalah cuba menyakiti lawan dengan sistem berkampung di pertahanan dan cuba menyerang balas untuk mendapatkan gol.
Selepas prestasi hambar di laman sendiri pada 2022, Qatar datang dengan misi penebusan.
Kelemahan: Isu utama mereka kekal sama: bagaimana untuk menangani pemain lawan yang mempunyai kepantasan dan fizikaliti tinggi seperti yang ada pada skuad Kanada dan Bosnia.
Pemain Tumpuan: Akram Afif (The Wizard), Almoez Ali, Meshaal Barsham
4. Bosnia & Herzegovina: Kebangkitan Generasi Baharu Bersama Legenda Dzeko
Formasi Utama: 4-2-3-1
Gaya Permainan: Sergej Barbarez telah menyuntik semangat baharu ke dalam skuad Bosnia dengan gaya bola sepak Balkan.
Mereka bermain dengan gaya yang lebih berani dan menyerang. Walaupun masih mempunyai tonggak veteran dan legenda seperti Edin Dzeko, namunkehadiran pemain muda yang beraksi di liga utama Eropah memberikan dinamik baharu, terutamanya dalam aspek serangan udara dan fizikaliti.
Bosnia and Herzegovina head coach Sergej Barbarez has named his squad for the 2026 World Cup, with Edin Dzeko and teenage winger Kerim Alajbegovic the standout inclusions.
Veteran striker Dzeko, the side’s talisman and most important player, is one of two survivors from Bosnia’s… pic.twitter.com/tT5JeGwL1X
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) May 11, 2026
Bosnia adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah. Mereka mempunyai fizikaliti yang mampu membuli pertahanan lawan.
Kelemahan: Masalah mereka sering kali adalah konsistensi sepanjang 90 minit. Jika mereka mampu mengekalkan disiplin pertahanan, mereka mempunyai kualiti individu untuk mencuri mata daripada mana-mana pasukan dalam kumpulan ini.
Pemain Tumpuan: Edin Džeko (The Eternal Striker), Ermedin Demirović, Amar Dedić
Ramalan Vocket:
Switzerland diramal akan menduduki tangga teratas kumpulan B kerana kematangan taktikal mereka.
Kanada dijangka menggunakan faktor tuan rumah untuk merebut slot kedua, namun Bosnia dan Qatar mempunyai kualiti yang cukup untuk mencipta kejutan jika Kanada gagal menangani tekanan sebagai tuan rumah.
Jadual Perlawanan Kumpulan B
Jun 2026 (Sabtu)
8:00 AM: Kanada lwn Bosnia dan Herzegovina
14 Jun 2026 (Ahad)
3:00 AM: Qatar lwn Switzerland
19 Jun 2026 (Jumaat)
3:00 AM: Switzerland lwn Bosnia dan Herzegovina
6:00 AM: Kanada lwn Qatar
24 Jun 2026 (Rabu)
3:00 AM: Switzerland lwn Kanada
3:00 AM: Bosnia dan Herzegovina lwn Qatar
Previu Kumpulan A Piala Dunia 2026: Pertarungan Sengit 4 Pasukan Dengan Gaya Berbeza