Kumpulan A boleh dianggap pertarungan yang dijangka seimbang untuk kesemua 4 pasukan.
Ianya adalah kumpulan yang menempatkan pasukan dari 4 benua berbeza.
Kumpulan A: Mexico, Afrika Selatan, Korea Selatan, Czechia
Kumpulan A ini bukanlah kumpulan maut berdasarkan perbezaan ranking antara pasukan, namun ia tetap akan menjadi kumpulan yang sengit.
Ini kerana keempat empat pasukan memiliki kekuatan yang hampir setara dan boleh mengekspresikan bola sepak mereka ketika bertemu.
1. Mexico: Tuan Rumah dengan Evolusi Pragmatik
Formasi Utama: 4-3-3 / 4-2-3-1
Gaya Permainan: Mexico ketika ini cenderung kepada taktikal yang lebih seimbang dan selamat.
🚨🤯 BREAKING: MEXICO’S OFFICIAL SQUAD FOR THE 2026 FIFA WORLD CUP IS HERE! 🏆
The 26 players that will represent our country in the most important tournament in world football. pic.twitter.com/odCK28aRue
— All Fútbol MX 🇲🇽 (@AllFutbolMX) June 1, 2026
Mereka tidak lagi hanya bergantung pada wing-play klasik, tetapi lebih ke arah central overload dengan Edson Alvarez sebagai pivot utama.
“El Tri” memikul beban berat sebagai tuan rumah dan harapan peminat mereka. Kelebihan mereka adalah intensiti pressing di ketinggian Mexico City.
Kelemahan: Namun, transisi negatif sering menjadi kelemahan apabila lawan melakukan counter-attack pantas.
Pemain Tumpuan: Santiago Gimenez (Penjaring Gol), Raul Jimenez (Penyerang Berpengalaman), Edson Alvarez (Jeneral Padang), Gilberto Mora (Bintang Muda).
2. Korea Selatan: Kelajuan dan Ketepatan Menyudahkan Transisi
Formasi Utama: 4-4-2 Flat / 4-2-3-1
Gaya Permainan: Pengurus Hong Myung-Bo sangat suka bergantung pada kelajuan transisi dari bertahan ke menyerang. Son Heung-min (walaupun sudah veteran) kekal menjadi ancaman di half-space, manakala Lee Kang-in adalah pengatur tempo permainan.
Korea Selatan adalah pasukan pilihan utama untuk Kumpulan A ini.
Paling penting pasukan mereka perlu harmoni antara pemain senior dan pemain muda, jangan seperti sebelum ini berlaku perpecahan antara 2 kem.
Korea Selatan adalah pasukan paling berdisiplin secara taktikal dalam kumpulan ini. Mereka akan membiarkan lawan menguasai bola, kemudian menghukum melalui serangan pantas.
Dalam bebepa tahun ini atau beberapa edisi Piala Dunia, Korea Selatan membuktikan mereka adalah ‘giant killer’. Dan mereka adalah ‘pasukan untuk dikalahkan’ jika mahu mara daripada kumpulan ini.
Kelemahan: Kebergantungan kepada Son masih ketara. Dan sudah tiba masanya pemain seperti Lee Kang In untuk menonjol.
Pemain Tumpuan: Son Heung-min (Kapten/Legenda), Lee Kang-in (Playmaker), Kim Min-jae (Tembok Pertahanan).
3. Czechia: Fizikaliti dan Dominasi Di Udara
Formasi Utama: 3-4-3 / 3-5-2
Gaya permainan: Bergantung pada wing-backs untuk menghantar hantaran silang ke kotak penalti. Mereka sangat berbahaya dalam situasi bola mati (set-pieces).
Czechia adalah pasukan yang “menjengkelkan” untuk dihadapi. Mereka fizikal, kuat di udara, dan sangat teratur. Menentang pasukan teknikal seperti Mexico atau Korea, Czechia akan cuba mengganggu rentak lawan dengan kontak fizikal dan perebutan bola di udara.
Mereka akan menghadirkan gaya fizkal Eropah ke dalam kumpulan ini. Dan sukar untuk lawan mereka mengekang pasukakan ini jika target man mereka benar benar pada hari terbaiknya.
🇨🇿 A República Tcheca chega forte para a Copa do Mundo de 2026, liderada por Patrik Schick e Tomáš Souček.
A convocação mistura experiência e renovação, com nomes de peso das principais ligas europeias. Destaques para Schick, Hložek, Souček e Pavel Šulc, pilares da equipe. pic.twitter.com/5glL74Rqsc— Convocações de seleções (@ConvocacaoS) May 31, 2026
Kelemahan: Czechia akan berdepan masalah jika pasukan lain dalam kumpulan A ini menggunakan sistem permainan lincah dan laju. Kerana mereka boleh memberikan sepakan percuma di kawasan bahaya atau penalti.
Pemain Tumpuan: Patrik Schick (Target man), Tomas Soucek (Enjin Tengah), Ladislav Krejci (Ketua Pertahanan).
4. Afrika Selatan: Melodi “Bafana Bafana”
Formasi utama: 4-2-3-1
Gaya Permainan: Gaya Hugo Broos bergantung pada kolektiviti pemain tempatan (dominasi Mamelodi Sundowns) yang sudah mempunyai chemistry tinggi.
Mereka adalah pasukan yang boleh menjadi ‘king maker’ untuk kumpulan A. Atau mengintai peluang untuk melepasi kumpulan ini jikan pasukan lain tidak dalam prestasi terbaik atau melakukan kesilapan.
Permainan hantaran pendek, gerakan pantas dan kelincahan pemain sayap mereka.
Mereka boleh dianggap underdog yang berbahaya dalam kumpulan ini. Mereka mempunyai fluidity yang jarang dimiliki pasukan lain kerana asas pemain yang bermain di kelab yang sama.
Here's the South Africa 🇿🇦 squad for the #FIFAWorldCup!
They are in Group A with 🇲🇽🇨🇿🇰🇷 and will face 🇳🇮 in a warm-up friendly.
No new callups.
Olwethu Makhanya (Philadelphia 🇺🇸), after missing the final selection in March, makes the final squad for the World Cup.
Also 🔙:… pic.twitter.com/ytPmnvkD0K
— The International Window (@windowintlpod) May 27, 2026
Kelemahan: Namun begitu, kurangnya pengalaman di peringkat antarabangsa boleh menjadi halangan apabila menghadapi tekanan mental Piala Dunia.
Pemain Tumpuan: Ronwen Williams (Penjaga Gol Sweeper), Teboho Mokoena (Maestro Tengah), Percy Tau (Penyerang Kreatif).
Ramalan Vocket FC:
Mexico dan Korea Selatan dijangka akan layak daripada Kumpulan A ini.
Namun Czechia boleh menjadi penghalang besar jika lawan gagal mengekang bola mati mereka. Afrika Selatan akan menjadi pasukan paling menghiburkan dengan gaya permainan mereka yang flamboyant seperti biasa.
Jadual Kumpulan A
Berikut adalah jadual lengkap mengikut zon waktu Malaysia:
12 Jun 2026 (Jumaat)
03:00AM: Mexico lwn Afrika Selatan – Stadium Aztec / Mexico City Stadium (Perlawanan Pembukaan Piala Dunia)
10:00 AM: Korea Selatan lwn Republik Czech – Stadium Akron / Guadalajara Stadium
19 Jun 2026 (Jumaat)
12:00AM (Malam Khamis): Czech lwn Afrika Selatan – Stadium Mercedes-Benz, Atlanta
09:00 AM: Mexico lwn Korea Selatan – Stadium Akron / Estadio Guadalajara
25 Jun 2026 (Khamis) 09:00AM:
Mexico lwn Republik Czech – Stadium Aztec / Mexico City Stadium
09:00 AM: Afrika Selatan lwn Korea Selatan – Stadium NRG, Houston