Seperti ramai sedia maklum, khutbah Jumaat yang dijalankan seminggu sekali pada waktu Zohor hari Jumaat seharusnya menjadi medan dakwah buat para jemaah yang dihadiri oleh para lelaki beriman di masjid.
Di sebalik saranan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengikut segala suruhan dan perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangannya, khutbah Jumaat di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu nyata meraih perhatian ramai apabila secara terang-terangan mempromosikan produk daripada sebuah kedai emas.
Baca Juga:
- Tindakan Wartawan Israel Masuk Ke Mekah Tuai Kecaman Ke Atas Kerajaan Arab Saudi
- Beri Rokok Buat Jemaah Masjid, ‘Sedekah Jumaat’ Lelaki Ini Undang Pertikaian Netizen
- Tular Video Layanan ‘Double Standard’ Untuk Jemaah Solat Jumaat, Ini Penjelasan Masjid Putra
Khutbah Jumaat tadi di Kuala Lumpur tentang Zakat emas dan kempenkan promosi Habib Jewels. Satu tindakan yang disebut dalam hadis dengan celaan:
— Arham Merican 🇵🇸 (@arhammerican) September 23, 2022
Malah sebarang bentuk perniagaan termasuk bab promosi perlu dielakkan berdasarkan ayat Al-Quran surau Nur 36-37: pic.twitter.com/dD5N6LyfYr
— Arham Merican 🇵🇸 (@arhammerican) September 23, 2022
Perkongsian yang dibuat Twitter @ArhamMerican93 ini turut menyebut nama kedai emas berkenaan yang turut menawarkan hadiah istimewa sempena Kempen Simpan Emas yang dianjurkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama kedai emas tersebut.
— Arham Merican 🇵🇸 (@arhammerican) September 23, 2022
Tweet beliau yang tular turut mendapat perhatian netizen yang turut tidak bersetuju dengan teks khutbah Jumaat berkenaan. Malah, terdapat jemaah yang memaklumkan itu merupakan kali pertama beliau mendengar iklan dalam khutbah Jumaat.
Sumpah aku geleng kepala masa dengar khutbah. Pertama kali aku dengar iklan dalam khutbah. https://t.co/163gcZc0iV
— 🇲🇾بنتاوي Ú¤Ù…-١١ (@Bentawi) September 24, 2022
smlm download teks khutbah online dan semak balik. mmg betul diorg promote.. https://t.co/O5mbhZVqP4
— شزون إسØاق (@syaz96wan) September 24, 2022
Pengguna Twitter ini turut mendedahkan secara lebih terperinci mengenai teks khutbah Jumaat tersebut serta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak membuka ruang kepada mana-mana produk atau syarikat mengambil kesempatan di atas mimbar dan masjid.