Tindakan adik Neelofa, Ameera Khan mempromosikan produk yang menyokong Israel iaitu Dior telah mendapat kritikan hebat di media sosial.

Ameera Khan antara selebriti media sosial yang kerap terpalit kontroversi. Dan kini dia muncul dengan satu lagi kontroversi kerana mempromosikan produk Dior.

Baru baru ini Dior telah menggugurkan nama Bella Hadid daripada kempen mereka dan menggantikannya dengan model dari Israel.

Ini selepas Bella Hadid sangat lantang mengutuk keganasan Israel di Palestin dalam konflik yang sedang berlaku ketika ini.

Netizen pro Palestin melancarkan kempen memboikot Dior kerana tindakan itu.

Di Malaysia, pempengaruh media sosial terkemuka, Ameera Khan atau dikenali sebagai Little Miss Khan membuatkan ramai kecewa apabila dia memuat gambar produk Dior tanda promosi.

Di ruangan komen ramai yang kecewa dengan Ameera Khan kerana dia merupakan antara selebriti yang kerap menyatakan sokongan kepada Palestin.

Mereka merasakan Ameera Khan kurang sensitif terhadap isu semasa. Ada yang meminta dia memadamkan hantaran itu.

Netizen turut mempersoalkan sama ada adik Neelofa itu sedar tak dengan berita Dior yang menggantikan Bella Hadid dengan model Israel hanya kerana pendiriannya ke atas Palestin.

Ada juga yang menegaskan bahawa ini mungkin hantaran yang sudah dijadualkan kerana kolaborasi.