Proton bakal masuk semula pasaran Singapura selepas pelantikan Vincar Group baru-baru ini sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) e.Mas jenama Malaysia.

Kereta EV tersebut akan mula dijual di negara jiran itu pada awal 2025. Ia menambah bahawa bilik pameran utama akan dibuka di jalan Leng Kee untuk perkhidmatan jualan dan selepas jualan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Proton e.Mas Cars

“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa Kumpulan VINCAR telah dilantik sebagai pengedar sah untuk Proton e.MAS, jenama kenderaan elektrik perintis Malaysia, menandakan satu langkah ke hadapan yang menarik dalam mobiliti mampan untuk Singapura.

“Sebagai nama yang dipercayai dalam sektor automotif, Kumpulan VINCAR berharap untuk memperkenalkan kenderaan elektrik generasi akan datang ini dan menyumbang kepada transformasi EV Singapura,” petik kenyataan VINCAR.

Selain Singapura, beberapa negara lain yang bakal menerima model e.Mas 7 adalah Brunei, Mauritus, Nepal, serta Trinidad and Tobago.