Sejak pagi tadi, ramai rakyat Malaysia dilihat telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk membuang undi dan walaupun ada kawasan yang banjir tidak mematahkan semangat para pengundi.

Mencuri perhatian, apabila rata-rata pengundi yang telah membuang undi ‘flex’ jari mereka yang berdakwat biru di media sosial. Gelagat mereka mengambil gambar jari mereka di pusat pengundian sempat dirakam oleh pengguna TikTok @mspineapples.co.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mspineapples.co

Still not too late to vote!! #GE15

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ramai orang yang mengambil gambar jari mereka dan tersenyum gembira. Hasil tinjauan The Vocket di media sosial, rata-rata orang yang sudah mengundi telah memuat naik gambar beserta hantaran mengatakan mereka sudah mengundi.

Lantaran penularan video tersebut, rata-rata netizen berasa terhibur dan juga mengatakan mereka terjebak untuk menangkap gambar jari mereka tadi selepas selesai mengundi.

PRU15: 'Flex' Gambar Jari Berdakwat, Ini Trend Rakyat Malaysia Paling Popular Selepas Mengundi

PRU15: 'Flex' Gambar Jari Berdakwat, Ini Trend Rakyat Malaysia Paling Popular Selepas Mengundi

PRU15: 'Flex' Gambar Jari Berdakwat, Ini Trend Rakyat Malaysia Paling Popular Selepas Mengundi

Jika anda masih belum mengundi dan boleh menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia, masih belum terlambat untuk anda ke pusat pengundian dan membuang undi anda.