Seperti ramai sedia maklum, sekitar 10 November lalu, Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tampil dengan sebuah makluman dalam menyuruh orang ramai mematuhi peraturan termasuk larangan mengambil gambar atau merakam sewaktu mengundi.
Langkah ini diambil kerana PRU sebelum ini pernah terdapat isu pembelian undi di mana pengundi perlu mengambil gambar undian yang dibuat untuk parti tertentu lalu dibayar dengan wang. Hal ini membuatkan keputusan akhir yang didapati tidak telus dan merosakkan integriti sesebuah negara.
Baca Juga:
- PRU15: SPR Ingatkan Orang Ramai Untuk Tinggalkan Telefon Pintar Sewaktu Mengundi
- PRU15: SPR Kongsi Video Cara Mengundi, Bakal Mudahkan Pengundi Kali Pertama
- PRU15: Demi Jalankan Tanggungjawab, Pengundi Di Sarawak Sanggup Redah Banjir Untuk Mengundi
Meskipun sudah dimaklumkan pihak SPR, masih terdapat lagi segelintir individu yang ingkar serta memilih untuk merakam proses pengundian yang dibuat demi sebuah konten di TikTok.
Berdasarkan tinjauan, terdapat beberapa individu yang melakukannya malah turut mendedahkan secara jelas pilihan mereka di TikTok meskipun undi adalah rahsia.
https://twitter.com/brgsjks/status/1593849556047138816
https://twitter.com/afiqdruce/status/1593837794463399936
Tindakan yang dilakukan jelas membuat para netizen berang selepas dengan selamba melanggar undang-undang SPR serta berkongsi di media sosial. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.
Lapar content https://t.co/39tAEzJF7X
— Zhack⚡️ (@Zackemmm) November 19, 2022
Kitaorg phone pun kena simpan dalam kotak..ni elok je lepas 😮💨 https://t.co/cyM2hqETiB
— 𝚖𝚊𝚗𝚘𝚋𝚊𝚕𝚌𝚕𝚊𝚗 (@nalalisa_____) November 19, 2022
https://twitter.com/avyyleo/status/1593857570107973635
Menerusi semakan yang dibuat, video yang dikongsikan individu-individu ini telah dipadam di TikTok selepas menerima kecaman daripada pihak netizen.