Petang ini telah menyaksikan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Terbaharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi temu bual bersama wartawan memaklumkan masih belum terdapat sebarang lantikan Perdana Menteri Malaysia setakat petang ini.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
TERKINI
Tiada apa apa keputusan dibuat YDP Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri atau penubuhan kerajaan persekutuan setakat ini termasuk laporan tular berkaitan pelantikan Perdana Menteri Sementara-Anwar Ibrahim
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 22, 2022
“Saya junjung kasih kerana Tuanku titah mengadap untuk sampaikan pandangan Tuanku, bahawa perlu ada kesepakatan semua pihak supaya kerajaan kukuh.
“Kerajaan yang ditubuhkan kelak harus wakili semua pihak, kaum, dan wilayah”, ulas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sama-sama kita nantikan keputusan lanjut dalam mengetahui individu yang diperkenan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam memacu ekonomi negara sekaligus mengelakkan isu perkauman berbangkit.