Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) giat mencari pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan itu menjelang kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan bersambung pada Mac ini.
Menurut laporan media tempatan, badan bola sepak negara itu sedang mempersiapkan empat pemain iaitu Nathan Tjoe-A-On (Heerenveen), Thom Haye (Heerenveen), Maarten Paes (FC Dallas) dan Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard) untuk menyelesaikan proses permohonan kerakyatan sekaligus dibernarkan beraksi bersama skuad Garuda.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Australia Ke Suku Akhir, Mudah Benam Cabaran Indonesia
- Diangkat Sebagai Wira, Instagram Joel Kojo ‘Dibanjiri’ Penyokong Indonesia
- Piala Asia 2023: Jepun Ke Pusingan 16, Atasi Indonesia 3-1
Proses naturalisasi Nathan dilaporkan sudah berada di fasa akhir dimana dokumen beliau sudah diluluskan dan hanya menunggu untuk mengangkat sumpah sebagai warganegara Indonesia.
๐ฎ๐ฉ๐ณ๐ฑ Football Association of Indonesia is promoting the naturalization of 4 players of Indonesian origin who currently hold Dutch nationality.
1๏ธโฃ ๐ฅ๐ฎ๐ด๐ป๐ฎ๐ฟ ๐ข๐ฟ๐ฎ๐๐บ๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฒ๐ป
2๏ธโฃ ๐ก๐ฎ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ง๐ท๐ผ๐ฒ-๐-๐ข๐ป
3๏ธโฃ ๐ง๐ต๐ผ๐บ ๐๐ฎ๐๐ฒ
4๏ธโฃ ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ฟ๐๐ฒ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ฒ๐ pic.twitter.com/ieh3E3MBVN— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 5, 2024
Ketua Umum PSSI, Erick Thohir menegaskan beliau berharap sekurang-kurangnya tiga pemain sudah boleh beraksi pada Mac ini dan beliau meminta kepada pihak terlibat agar segera mempercepatkan proses.
โKita masih menunggu Thom Haye (pemain tengah), Ragnar di bahagian serangan dan juga Nathan yang berusia 21 tahun untuk menyelesaikan proses mereka.
โUntuk Thom dan Ragnar saya harap mereka dapat bermain pada Mac ini untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia. Sebab itu semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan perkara ini terjadi,โ katanya.
Indonesia ketika ini menghuni tangga tercorot dalam kumpulan F pusingan kedua kelayakan kali ini yang turut dihuni Iraq, Filipina dan Vietnam selepas hanya mengutip satu mata selepas menghadapi dua perlawanan.
Dua perlawanan di tempat sendiri dan lawan pada Mac ini akan menjadi penentu kepada Indonesia sama ada mereka masih mampu untuk menduduki dua tangga teratas untuk layak ke pusingan ketiga atau sebaliknya.
Ketika temasya Piala Asia 2023, Indonesia diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi seperti Justin Hubner, Shayne Pattynama dan Ivar Jenner.
Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terakhir namun terpaksa akur tewas kepada Australia dengan keputusan 4-0.