Pemain badminton regu wanita, Pearly Tan kini diiktiraf sebagai pemain badminton wanita yang memiliki pukulan “smash” terpantas di dunia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jenama sukan terkemuka global, Yonex, rekod berkenaan disahkan oleh Guinness World Record.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: NST

Difahamkan, pemain kelahiran Kedah itu berjaya mencatatkan pukulan pada kelajuan 438km/j. Dengan catatan berkenaan, Pearly muncul sebagai pemain wanita pertama yang berjaya memegang rekod dunia berkenaan.

Menurut Yonex, Pearly mencatatkan rekod berkenaan di gymnasium kilang Yonex Tokyo di Jepun pada 14 April lepas. Acara berkenaan turut dihadiri oleh juri-juri daripada Guinness World Records yang sekaligus mengesahkan rekod tersebut.

Seorang lagi pemain badminton dibawah Yonex, Satwiksairaj Rankireddy yang turut berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara tersebut.

Pemain badminton perseorangan India itu berjaya memecahkan rekod pukulan atau smash terpantas pemain badminton lelaki. Difahamkan beliau berjaya mencatatkan pukulan 565km/j sekaligus berjaya memecahkan rekod dunia berusia lebih 10 tahun.

Sumber