Separuh akhir Badminton Berpasukan Asia 2024 – Malaysia vs Jepun [17 Februari 2024, 4:00 PM]
Para peminat badminton tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan separuh akhir Badminton Berpasukan Asia 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menentang Jepun menerusi saluran yang disediakan di bawah.
Baca Juga:
- BATC 2024: Skuad Lelaki Malaysia Mara Ke Separuh Akhir
- BATC 2024: Malaysia Bakal Hadapi Singapura Di Suku Akhir
Link Siaran langsung:
Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini secara Live Streaming.
✨Badminton Asia Team Championships✨
𝗦𝗲𝗺𝗶 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗹𝘀 [𝗠𝗲𝗻'𝘀 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗟𝗜𝗡𝗘𝗨𝗣]
17/2/2024 – Sat• Knockout Stage •
Malaysia 🇲🇾 vs Japan 🇯🇵
👉🏻 4:00 pm (🇲🇾 time)
👉🏻 Court 1👀: Astro 814
Bring the best out of you guys. Lawan🔥#SELBATC2024 #BATC2024 pic.twitter.com/bxKlUcdHdL
— Z 💎🇲🇾 (@theone_xyz) February 17, 2024
Skuad lelaki negara kembali menarik nafas lega apabila perseorangan utama, Lee Zii Jia kembali beraksi menjelang aksi separuh akhir menentang Jepun petang ini.
Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan, pemain ranking ke-10 dunia itu akan menggalas tugas selaku perseorangan pertama menentang Kenta Nishimoto.
Semalam, Zii Jia tidak dapat diturunkan ketika aksi suku akhir menentang Singapura susulan masalah resdung yang dialaminya.
Aksi hari ini juga menyaksikan tugas selaku perseorangan kedua akan digalas Leong Jun Hao yang akan berdepan Koki Watanabe manakala Eogene Ewe turun sebagai perseorangan ketiga menentang Kento Momota.
Malaysia mempertaruhkan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai beregu pertama menentang Akira Koga-Taichi Saito sementara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze yang turun selaku beregu kedua bertemu Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.