Pemain pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad berada dalam mood terbaik untuk terus meningkatkan prestasi selepas pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.
Seperti yang diketahui, Azam Azmi mengalami kecederaan ketika menggalas tanggungjawab skuad negara menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac lalu berikutan permukaan padang yang kurang baik.
Baca Juga:
- Azam Azmi Mungkin Terlepas Piala Asia B-23 Tahun
- Pernah Siku Azam Azmi, Doan Van Hau Terlepas Piala Asia 2023
- Senarai 23 Pemain Malaysia Yang Dipilih Hadapi Piala Asia B-23
Sebaik sahaja pulih daripada kecederaan tersebut, beliau telah mendapat kepercayaan beraksi 90 minit ketika aksi suku akhir Piala FA bertemu Sabah di Gong Badak, tempoh hari.
Keadaan yang menyemarakkan lagi api perjuangan pemain berusia 23 tahun itu untuk mendapatkan semula kecergasan di tahap terbaiknya.
“Alhamdulillah semakin hari saya semakin bersemangat untuk terus berlatih dan memberikan yang terbaik di atas padang selepas agak lama berehat akibat kecederaan.”
“Saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi oleh jurulatih setiap kali turun beraksi dan tidak sangka saya dapat beraksi penuh tempoh hari untuk membantu pasukan raih kemenangan.”
“Apa pun, saya masih belum berpuas hati dan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan momentum terbaik seperti biasa dan yang paling penting adalah perlu mengelakkan daripada sebarang kecederaan lagi selepas ini,” ujar Azam Azmi Murad menurut sumber laporan Malaysian Football League.
Beliau yang sudah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dipinjamkan semula ke Terengganu untuk menghadapi musim 2024/25.