Pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau berdepan hukum karma apabila beliau bakal terlepas temasya Piala Asia 2023 selepas mengalami kecederaan yang memaksa beliau untuk berehat selama enam bulan.
Menurut laporan media Vietnam, Van Hau mengalami kecederaan enthesitis di tumit kanannya yang memaksa pemain itu untuk menjalani pembedahan di Singapura dalam masa terdekat sekaligus bakal berehat panjang.
Baca Juga:
- Kevin Ray Mendoza Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Persib Bandung
- JDT Muncul Sebagai Kelab Nombor Satu Di Asean
- Peminat Indonesia Kagum Dengan Kemampuan JDT Tewaskan Ulsan Hyundai
Kali terakhir pemain berusia 24 tahun itu beraksi secara kompetitif ialah pada bulan Ogos lalu dan sejak itu beliau tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan.
Tempoh enam bulan berehat memaksa bekas pemain SC Heerenveen itu untuk terlepas saingan liga domestik musim ini dan juga semua aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang akan berakhir pada Jun tahun hadapan.
Bagi peminat bola sepak negara, masih segar dalam ingatan apabila pemain itu menyiku pemain pertahanan negara, Azam Azmi Murad ketika perlawanan kumpulan B saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Goal scoring opportunity? Clear penalty! 😡 @affmecup pic.twitter.com/blRSJZlh28
— Taslim Razin (@manarianz5) December 27, 2022
Selain itu, menjadi punca Azam Azmi dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jepun, Ryuji Sato yang turut menyaksikan Malaysia tewas dalam perlawanan tersebut.
Tindakan yang dilakukan oleh Doan Van Hau turut mendapat kritikan dari bekas ketua jurulatih Perak dan TRW Kelantan, Steve Darby yang mana beliau menyifatkan pemain itu menampilkan semangat kesukanan yang amat buruk dan sepatutnya dibuang dari skuad kebangsaan.
“Pengalaman saya dengan bola sepak profesional ialah anda perlu melakukan segala yang anda boleh untuk menang, dan semuanya terpulang kepada pengadil. Kadangkala pasukan akan dimaafkan oleh pengadil, tetapi kadangkala dihukum secara tidak adil.
“Saya rasa Malaysia harus diberikan penalti kerana Van Hau melakukan kesilapan bodoh. Inti dari situasi itu ialah Van Hau memandang pemain Malaysia itu sebelum menyiku lawan. Pengadil jelas melakukan kesilapan dengan tidak meniup penalti, malah penolong pengadil yang berdiri di sisi juga bersalah kerana dia berdiri berdekatan,” katanya.
Dalam temasya Piala Asia 2023, Vietnam diundi dalam kumpulan D bersama Jepun, Iraq dan satu lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu Indonesia.