Seorang kakitangan penjara membuat laporan polis selepas menemui sebuah dron berwarna putih di atas bumbung salah sebuah blok Penjara Tapah Road.

Memetik Berita Harian, dron itu ditemui ketika pelapor sedang membuat rondaan bersama anggota lain kira-kira jam 11 pagi semalam.

Baca Juga:

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 5 petang, semalam.

Sumber Gambar: PDRM via Berita Harian

“Hasil pemeriksaan susulan laporan dibuat pengadu, polis menjumpai satu beg dobi yang digantung pada dron terbabit,” katanya.

Antara beberapa barangan lain yang ditemui selain dron, satu paket plastik lut sinar yang mengandungi tiga paket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.

“Dadah jenis heroin berat kira-kira 122 gram, manakala dua paket plastik lut sinar pula berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 12.9 gram.

“Hasil pemeriksaan awal, modus operandi yang digunakan untuk membawa masuk dadah ke dalam penjara dengan menggunakan dron dari luar negara merupakan kes pertama diterima setakat ini,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Sumber