Qistina Raisah tampil jelaskan video tidak senonoh dikaitkan dengannya tahun lalu. Menurut Qistina, dia baru ada keberanian untuk bercakap tentang perkara itu.

Dalam penjelasannya di TikTok, Qistina Raisah berkata: “Assalamualaikum jadi saya nak straight to the point je. Benda ini saya nak dekat setahun dah ini pasal kes video saya yang orang dah fitnah saya.

“Ada orang dah edit benda yang tak elok tapi guna muka saya ada yang jual dekat status whatsapp dengan harga RM10.

“Ada yang jual kat telegram jual kat macam -macam tepat saya tahu dan kawan -kawan saya ada teks saya, family saya pada orang yang saya tak kenal, peminat saya ramai hantar kepada saya [nakkan penjelasan].

Qistina Raisah Dedahkan Video Panas Tahun Lalu Adalah Angkara AI

“Isu berlarutan daripada tahun lepas sampailah hari ini, tetapi hari ini barulah saya ada keyakinan untuk cakap dekat anda semua yang dalam video itu bukan saya.”

Qistina Raisah dedahkan dia mangsa AI

Qistina Raisah mengesahkan bahawa video yang tersebar sebelum ini adalah suntingan AI. Cuma sebelum ini dia berdiam diri tidak mahu mendedahkan perkara itu, bimbang dituduh beralasan memandangkan kesedaran masyarakat kepada AI pada masa itu tidak seperti hari ini.

Dia berkata: “Sebab saya tak nak dulu waktu mula mula saya tak boleh nak cakap sebab masa itu AI punya trend, tak sehebat sekarang tak.

“Sekarang baru anda semua tahu AI tu macam mana – yang kurus boleh jadi gemuk, yang gemuk boleh jadi kurus dan macam -macam la AI.

“Malah awak dengan idol K -pop yang kamu minat pun tiba -tiba korang boleh bercium, boleh berpeluk – AI boleh lakukan. Apatah lagi setakat video macam itu lepas tu letak muka orang.

“Kepada mereka yang edit video macam tu jual video-video tu tak kisahlah [melibatkan] saya atau orang lain, awak kena ingat suatu hari nanti awak akan berkahwin awak ada family, awak ada mak mungkin, atau anak perempuan, atau ada kakak. Awak fikirlah sendiri.

“Dan kalau awak sendiri perempuan saya tak tahu nak cakap apa apa.

1

“Apa yang kita buat pada orang akan datang balik pada kita sampai mati pun saya tak akan maafkan orang -orang yang jual, yang sebar dan juga termasuk mereka yang hina dan juga bahan saya pasal benda ini sampai mati saya tak akan lupa.

“Mungkin tak nampak saya macam sedih atau terkesan, namun apa yang anda semua nampak di media sosial, anda tak tahu apa yang di sebaliknya.

“Anda tak faham, dan bukan saya  sahaja yang menjadi mangsa, ramai influencer lain juga terkena.

“Jadi sekarang saya kena ada keberanian untuk beritahu perkara ini bahawa itu bukan saya.

“Berhati hatilah kamu ya, kerana kalau dosa manusia dengan Allah, korang boleh solat taubat, kalau dosa dengan manusia hati -hati lah.

“Sebab… saya tak cakap saya baik. Saya tahu saya tak sempurna saya macam ni saya tahu saya sedar diri tapi mestilah saya sedih apabila mak saya tengok video -video macam tu.”

Qistina juga mengingatkan pihak tersebut bahawa mereka menyunting video AI itu telah memakan duit haram dan mengakhiri:  “Sama ada kamu Muslim ataupun non muslim, sampai mampus saya takkan maafkan.”

@qqistinaraisah

♬ original sound – QR – QR