Pelakon remaja, Qistina Raisah sering terpalit dengan kontroversi terutama sekali melibatkan cara pemakaiannya. Terbaharu, dalam satu perkongsian di Instagram Story, Qistina berkongsi semula luahan ibunya, Roszana Aminuddin buat netizen.

Menerusi perkongsian terbabit, ibu Qistina meminta netizen untuk tidak membandingkan anaknya dengan individu lain. Bukan itu sahaja, Roszana juga mengatakan orang luar tidak sepatutnya berkata apa-apa kerana tidak faham apa yang mereka lalui dan perjuangkan selama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Tolong jangan bandingkan anakku dengan anak orang lain. Tolong jangan katakan apapun tentang anakku yang kurang dimatamu.

“Aku ibu yang masih terus belajar yang terbaik untuk anakku, aku tidak akan menyerah dan lelah untuk mengusahakan yang terbaik untuk anakku. Jika itu kurang dimatamu maka itu bukan urusanku.” tulis Roszana.

Tambahnya, dia tidak akan menyerah untuk pertahankan anaknya daripada kecaman dan bukan urusan netizen untuk menegur kekurangan Qistina.