Legenda Sepanyol yang merupakan pemenang 22 kali gelaran ‘Grand Slam’, Rafael Nadal baharu sahaja mengumumkan persaraannya daripada kancah tenis profesional.

Lebih tepat lagi, beliau yang kini berusia 38 tahun akan mula menggantung raketnya secara rasmi selepas aksi Final 8 (suku akhir) kejohanan Piala Davis di Malaga pada November nanti.

Baca Juga:

Perkembangan terkini itu disahkan sendiri oleh Nadal dalam video ucapan penuh emosi dimuatnaik di laman X peribadi miliknya, sebentar tadi.

“Hello semua. Saya di sini untuk memberitahu anda bahawa saya akan bersara daripada tenis profesional.”

“Ia telah menjadi beberapa tahun yang sukar, dua yang terakhir ini terutamanya (ekoran kecederaan dialaminya). Saya tidak berfikir bahawa saya boleh bermain tanpa had.”

“Ia memang merupakan satu keputusan yang cukup sukar dimana saya perlu mengambil masa masa untuk memikirkannya.Tetapi, inilah kehidupan segalanya akan ada permulaan dan pengakhiran.”

“Ia merupakan masa yang sesuai untuk saya menamatkan karier yang cukup panjang dan pelbagai kejayaan daripada apa yang pernah saya bayangkan,” ujar Nadal.

Pelbagai pencapaian telah dikecapi anak kelahiran Mallorca, Sepanyol itu sepanjang kariernya yang bermula tahun 2001 (pada usia 15 tahun).

Daripada 22 gelaran Grand Slam yang pernah dijulang, 14 daripadanya adalah menerusi kejohanan Terbuka Perancis dimana cukup sinonim dengan gelanggang tanah liat.

Rafael Nadal memenangi kejuaraan Roland Garros buat kali terakhir pada tahun 2022. Rekod beliau pada kejohanan tersebut adalah 112 kemenangan dan empat kekalahan dalam kariernya.

 

 

Sumber