Khairul Aming pada 28 Mac telah mengejutkan ramai selepas meraih jualan lebih RM170,000 dalam tempoh tidak sampai sejam.
Kejayaan beliau menjual Sambal Nyet dengan laris membuatkan orang ramai kagum dengan usaha beliau disamping konsisten memuat naik video segmen 30 Hari 30 Resipi sempena Ramadan.
Baca Juga:
- Tawarkan Bonus Yang Tinggi Dan Baju Raya, Netizen Berminat Mahu Kerja Dengan Khairul Aming
- Tidak Sampai Sejam ‘Live’, Khairul Aming Buktikan Berjaya Raih RM170,000 Hasil Jualan Sambal Nyet
Pada hari ini, beliau sekali lagi restock 13,000 Sambal Nyet buat para peminat di mana beliau memaklumkan dengan lebih awal bakal menawarkannya tepat jam 1 petang.
@hairiariff Macamni rupanya buat sale RM170,000 dalam masa 2 minit. Tahniah Khairul Aming 👏 #KhairulAming #SambalNyet
Apa yang diusahakan Khairul Aming dilihat berbaloi apabila 13,000 Sambal Nyet yang ditawarkan sekadar mengambil masa sekitar 2 minit untuk sold out.
Penjualan 13,000 Sambal Nyet ini sekali lagi membolehkan Khairul Aming meraih jualan lebih RM170,000 dalam tempoh yang singkat. Malah, Khairul Aming sendiri terkejut dan tercengang dengan sambutan yang diterima daripada para pembeli di Shopee rasmi beliau.
Sementara itu, beliau turut mengesahkan bakal hadir dengan produk kedua namun masih belum dipastikan bilakah produk tersebut bakal dilancarkan. Difahamkan produk kedua ini sudah menjalani proses R&D sekitar setahun.
Menurut Khairul Aming, tempahan yang dibuat pada hari ini sebahagian besarnya bakal dihantar pada hari ini juga manakala bakinya bakal dihantar pada hari esok.