LEGOLAND Malaysia Resort telah memperkenalkan lapan watak generasi baharu LEGO® Friends yang direka untuk meraikan kepelbagaian persahabatan di dunia masa kini.

Berlangsung dari 22 Februari sehingga 9 April 2023, LEGOLAND Malaysia Resort mengadakan pelbagai pesta bersama LEGO® Friends seperti pertunjukan dan aktiviti dalam taman yang luar biasa.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort, CS Lim, kanak-kanak hari ini menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan perbezaan di zaman moden untuk cuba memahami dunia di sekeliling mereka dan mewujudkan persahabatan baharu yang berpanjangan.

Dengan pengenalan LEGO® Friends di LEGOLAND Malaysia Resort, mereka berharap dapat memberikan lebih banyak alat bantuan kepada ibu bapa dan anak-anak supaya mereka dapat mengemudi nilai persahabatan dan emosi untuk berkembang dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka.

Di Pesta LEGO® Friends, pelbagai aktiviti untuk menggalakkan perkembangan emosi dan sosial anak-anak melalui permainan dapat membantu mereka untuk lebih memahami keperibadian dan kepelbagaian di kalangan mereka.

 

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan semasa di LEGOLAND Malaysia Resort adalah seperti:

  1. Aktiviti membina haiwan LEGO bersama Autumn’s Build-An-Animal. Tetamu juga boleh mempelajari peranan mereka dalam menyelamatkan planet ini dengan aktiviti Autumn’s Save the Planet.
  2. Peminat muzik wajib berkumpul di Paisley’s Booth untuk menguji kemahiran mengalunkan irama dengan memainkan lagu-lagu yang menarik semasa aktiviti Play-A-Tune!
  3. Nova’s Speed Building Challenge akan menguji kemahiran menjadi seorang pembina terpantas di resort.
  4. Tetamu yang ingin mengekspresikan diri melalui seni boleh mempamerkan aksi seni di booth Liann’s Fun with Art.
  5. Fashionista berpeluang untuk memperagakan pose terbaik di Olly’s Photo Studio.
  6. Sertai Chef Leo membuat pizza LEGO® yang lazat di Leo’s Pizza Making Class!
  7. Ulat buku dan pencinta filem berpeluang mengambil gambar buku gergasi Aliya dan menonton rancangan LEGO Friends baharu di Aliya’s Movie Projection!
  8. Pertunjukan dalam taman terbaharu yang akan menampilkan LEGO Friends Generasi Baharu seperti Zac’s BMX Stunt Show, Zac’s Groovy Party, Paisley’s Retro Flashback,Leo’s Football Freestyle, Aliya’s School Dance.

Promosi Lego Friends Party

  1. Mulai hari ini sehingga 9 April, anda boleh menikmati potongan 20% LEGO Set Friends di kedai runcit LEGOLAND Malaysia Resort.
  2. Mulai hari ini hingga 15 Mac, anda yang menempah tiket Single Park, 1-Day Double Park, atau 1-Day Triple Park sekurang-kurangnya 3 hari sebelum perjalanan, layak untuk mendapat diskaun 20% pada tiket anda. Promosi hanya terpakai untuk warganegara Malaysia sahaja.

Anda juga boleh menantikan pengalaman bilik bertemakan LEGO Friends yang serba baharu di Hotel LEGOLAND yang akan dilancarkan pada April 2023.

Bilik bertema baru yang diubah suai itu akan menyertai barisan bilik bertema PIRATE, KINGDOM, ADVENTURE dan LEGO NINJAGO® yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai LEGO Friends Party, layari laman web rasmi di sini atau laman media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.