Setiap kali tiba bulan Ramadan, kita memang digalakkan untuk banyak beramal ibadat. Pahala memang berlipat kali ganda! Masa inilah anda perlu berlumba-lumba melakukan kebaikan, bersedekah dan jangan lupa ibadat sunat terawih. Yelah, Ramadan datang setahun sekali sahaja.

Tidak mahu ketinggalan meraikan kedatangan bulan mulia ini, 100PLUS bekerjasama dengan Media Prima untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Banyak aktiviti best dan dengar cerita ada artis terkenal yang join. Macam seronok sahaja.

Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ajak masyarakat buat kebaikan

100PLUS-Raya-20191-630×379

Hmm.. Apa pula Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini? Kalau anda ingin tahu, skuad ini merupakan kumpulan yang akan menyebarkan kebaikan Ramadan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik selain memberi sinar kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri nanti.

Paling bestSkuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini disertai oleh artis terkenal seperti Mira Filzah, Hairul Azreen, Syafiq Kyle, Andi Bernadee, Amira Othman, Sarah Suhairi dan Sufian Suhaimi. Wow!

Skuad ini akan menjelajah dari bandar hingga ke pedalaman dengan misi untuk berkongsi keikhlasan sempena bulan mulia ini. Aktiviti kebajikan sambil beribadah ini akan pergi ke beberapa lokasi. Boleh refer di bawah ini ada atau tidak kawasan berhampiran dengan anda.

  • Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan – 15 Mei 2019
  • Rumah Kak Ogy’s, Sekinchan – 19 Mei 2019
  • Pusat Transit Gelandangan, KL – 21 Mei 2019
  • Sekolah Kita Cinta Syria Malaysia, Bangi – 22 Mei 2019
  • Pusat Jagaan Orang Tua Nur Ehsan, Tangkak – 24 Mei 2019

Anda juga boleh menjadi Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS

Yup! Kami tidak tipu. Memandangkan ini merupakan aktiviti amal bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik, 100PLUS ingin mengajak anda untuk turut serta menjadi Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini. Seronoklah dapat melakukan aktiviti amal dengan artis.

Tetapi, penyertaan untuk Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS ini hanya untuk program Check-in Kampung sahaja ya. Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan orang ramai beramah mesra serta bersilaturrahim sesama komuniti selain dapat berbuka puasa beramai-ramai.

Program Check-in Kampung akan berada di dua lokasi iaitu di Masjid Jamek Makmuriah, Sungai Besar pada 19 Mei dan di Masjid At Taqwa, Tanjung Gading, Tangkak pada 24 Mei 2019. Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah sesi bergotong-royong untuk berbuka puasa, moreh, ziarah sahur, solat terawih, rakaman Tanyalah Ustaz, jualan makanan (food truck) dan sesi ramah mesra dengan artis Ramadan Raya Media Prima.

Dalam melakukan kebaikan jangan lupa untuk terus kekal hidrat dengan 100PLUS dan #AktifkanRamadanmu!

60246826_2726000597416044_3222179100768600064_n-630×630

Apabila sudah melakukan banyak aktiviti ketika berpuasa, tubuh anda akan terhidrasi. Tetapi, jangan risau sebab anda boleh kembali cergas bertenaga dengan 100PLUS ketika berbuka puasa. Hah, dapatlah anda meneruskan ibadat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. #AktifkanRamandanmu

Kalau anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai program Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS ini, boleh terus ke laman web Seratus Ikhlas Setulus 100PLUS atau Facebook rasmi 100PLUS.

Jom Aktifkan Ramadanmu bersama 100PLUS!