Seorang rakyat Amerika Syarikat mendakwa Malaysia merupakan salah satu pusat operasi bagi kumpulan Hamas.
Jonathan Schanzer membuat dakwaan tersebut menerusi laman media sosial X miliknya baru-baru ini.
Baca Juga:
- Jepun Enggan Iktiraf Palestine, Mahu Jaga Hubungan Dengan AS

- Penyokong Kelab EPL Ini Dihalang Masuk Stadium Ekoran Pakai Baju Palestine

- Bekas Kitman Arsenal Tak Menyesal Sokong Palestine Meskipun Dipecat

Beliau membuat dakwaan demikian ketika membalas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk serangan regim zionis terhadap Palestine.
Reminder: Malaysia is one of several operational bases for Hamas. https://t.co/66LSrmR08g
— Jonathan Schanzer (@JSchanzer) September 17, 2025
“Untuk peringatan semua, Malaysia adalah salah satu pusat operasi bagi Hamas,” tulisnya.
Tuduhan Tidak Berasa Ke Atas Malaysia
Tuduhan tidak berasa ini nyata membangkitkan kemarahan rakyat negara ini di laman X dimana ramai yang mengkritik Schanzer.
Schanzer ialah seorang pengarang Amerika dan pengarah eksekutif di Yayasan Pertahanan Demokrasi (FDD).
Beliau turut mempunyai latar belakang sebagai penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan A.S.
Schanzer ialah pengarang beberapa buku yang memfokuskan pada konflik Timur Tengah dan keganasan, termasuk:
1. Konflik Gaza 2021: Hamas, Israel dan Sebelas Hari Perang
2. Keadaan Kegagalan: Yasser Arafat, Mahmoud Abbas dan Pembongkaran Negara Palestin
3. Hamas vs Fatah: Perjuangan untuk Palestin
4. Tentera Al-Qaeda: Kumpulan Gabungan Timur Tengah dan Generasi Keganasan Seterusnya