Seorang rakyat Malaysia terkejut apabila dia mengetahui bahawa sebahagian daripada pekerja asing mempunyai simpanan yang lebih tinggi daripada warga tempatan. Menurut China Press, ada beberapa pekerja asing yang mempunyai sehingga RM15,000 atau paling kurang RM4,500 di dalam akaun mereka.

Selepas membuat pengiraan kasar pendapatan mereka sepanjang bekerja di Malaysia (termasuk gaji lebih masa) serta lain-lain perbelanjaan, dapat disimpulkan bahawa pekerja asing mampu peroleh pendapatan sehingga RM4,000 dengan keperluan asas mereka seperti tempat tinggal dan utiliti ditanggung oleh majikan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Masyarakat tempatan, sebaliknya, yang bekerja di kilang yang sama dengan pekerja asing; mungkin mendapat kurang sedikit, iaitu pada RM1,500 hingga RM3,000. Tambahan pula, warga tempatan pula perlu menanggung tempat tinggal mereka sendiri, kos pengangkutan ke tempat kerja, utiliti dan lain-lain kos sehingga menyebabkan mereka menyimpan kurang daripada pekerja asing.

Bagaimanapun, hantaran terbabit telah menimbulkan perdebatan di antara netizen. Sebahagian daripada mereka menyarankan agar majikan membelanjakan lebih banyak wang untuk mengambil pekerja tempatan. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa kehidupan pekerja asing di Malaysia teruk dan tidak terjaga, jadi mereka perlu bekorban untuk mendapat simpanan sebanyak itu.

Netizen percaya pekerja asing bekerja keras dan tidak kisah bekerja lebih masa kerana tiada apa yang mereka boleh lakukan di luar waktu kerja. Sebaliknya, warga tempatan membuat banyak pilihan tentang pekerjaan. Mereka tidak mahu bekerja lebih masa, tetapi mempunyai kehidupan yang lebih baik.