Korea Selatan sudah menjadi salah satu pilihan destinasi yang sering dilawati oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana ramai yang mahu melawati lokasi-lokasi menarik dan mempelajari budaya tempatan yang biasa dilihat di dalam drama mereka.

Kini tular di media sosial berkenaan isu rakyat Malaysia yang semakin sukar untuk memasuki ke negara tersebut. Sejak kebelakangan ini, sebahagian rakyat Malaysia yang ke sana pasti akan dihantar pulang semula oleh kerajaan Korea tanpa sebarang sebab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Road To Korea
Sumber Gambar: FB Road To Korea
Sumber Gambar: FB Road To Korea

Perkara ini ini dikongsikan menerusi grup Road To Korea oleh sejumlah wargat tempatan yang mana meluahkan mereka dilayan seperti pendatang tanpa izin oleh imigresen di sana meskipun realitinya hanya mahu melancong secara sah.

Difahamkan layanan tersebut terjadi selepas semakin ramai individu dari Malaysia yang datang dan duduk secara haram di negara Korea. Terdapat sindiket  pemerdangan manusia yang mengeksploitasi warga tempatan untuk berkerja di ladang sayur dengan janji gaji lumayan.

Kami juga berjaya menjumpai tangkap layar kumpulan WhatsApp gerakan kerja secara haram di Korea. Mereka didapati sedang berbincang bagaimana mahu melepasi imigresen di Korea yang mana pada ketika ini sangat ketat.

Sumber Gambar: FB Road To Korea

Ekoran itu, ramai warga tempatan yang terkesan dan mengganggu segala perancangan yang dibuat untuk melancong di negara itu. Tidak tertakluk pada solo traveler sahaja, ada yang menggunakan agen pelancongan juga menimpa nasib yang sama.

Boleh dikatakan pelancong dari Malaysia sepertinya sudah disekat secara tidak langsung. Hal ini sekaligus telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan wargat tempatan yang mahu melancong ke negara itu dalam beberapa bulan lagi.

Oleh itu, beberapa warga tempatan yang berjaya melepasi imigresen Korea lantas berkongsi beberapa tips agar orang ramai boleh jadikan panduan apabila mahu mendapatkan pengesahan pasport kelak.

Salah satu tips yang dikongsikan adalah berpakaian kemas dan bergaya agar dilihat sebagai pelancong dan bukannya sebagai imigran yang mahu berkerja di sana. Selain itu, sediakan juga salinan tiket pergi balik (Return Ticket) untuk dijadikan bukti tempoh berada di sana.

Di samping itu, sebaiknya anda menyediakan maklumat itinerary, alamat tempat tinggal dan jumlah wang pembelanjaan yang dibawa bagi kegunaan sepanjang percutian (sekurang-kurangnya 800,000 won bersamaan RM2,833) kepada imigresen Korea. Anda boleh menyimpan sebahagian dokumen ke dalam telefon pintar bagi memudahkan semakan.

Selain di Korea Selatan, Australia juga dilaporkan sudah semakin ketat dengan rakyat tempatan dek kerana kes sedemikian. Difahamkan ada individu yang menggunakan pas pelancongan dan berkerja secara haram di sana. Dek kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.