Seorang wanita yang kini berada di Gaza merayu agar rakyat Malaysia tidak menghubunginya dan membuat permintaan pelik iaitu untuk mendengar bunyi letupan bom di sana.
Nurul Ain, seorang rakyat Malaysia yang kini terkandas di Tebing Barat bersama suaminya warga Palestin mendakwa bahawa dia telah menerima beberapa panggilan daripada rakyat Malaysia dengan permintaan yang tidak sensitif.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
Dalam satu video yang dikeluarkan olehnya di laman Facebook peribadinya, dia menyelar tindakan tersebut dan menyatakan bahawa apa yang terjadi di Gaza bukanlah satu gurauan.
Tambah beliau lagi, permintaan itu seolah-olah seperti meminta bahawa tempat tinggalnya menjadi salah satu sasaran peluru berpandu Israel.
Di akhir video, beliau memohon agar rakyat Malaysia berhenti membuat permintaan yang pelik dan nikmati keamanan yang kita rasai di negara sendiri.