OpenSignal kini telah pun menerbitkan data terbaru mereka yang mana membandingkan kelajuan muat turun ketika waktu sahur iaitu antara pukul tiga pagi hingga ke enam pagi.

Menerusi data yang dikongsikan, sejumlah negara dengan angka penduduk Muslim yang tinggi dibandingkan termasuk Indonesia, Malaysia, Pakistan dan juga Arab Saudi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: OpenSignal

Berdasarkan data yang dikongsikan, Malaysia memperlihatkan purata kelajuan sekata sepanjang waktu tanpa perubahan drastik. Menariknya, data yang dihimpunkan pada tahun 2022 memperlihatkan kelajuan muat turun mencapai 18.4Mbps antara tiga pagi hingga ke enam pagi.

Kemudian, diikuti pula kelajuan purata 4G tertinggi mencapai 18.8Mbps menjelang antara enam pagi ke sembilan pagi. Ini berbeza dengan sejumlah negara lain yang mencatatkan penurunan kelajuan muat-turun kerana kesesakkan dan peningkatan mendadak penggunaan ketika sahur.

Sumber Gambar: OpenSignal

Sementara di Indonesia, pengguna di sana pula didapati mempunyai penggunaan yang lebih tinggi sewaktu bersahur di mana berlaku penurunan purata kelajuan internet 4G mencecah 15%. Dengan jumlah pengguna yang tinggi, ia membuatkan trafik liputan menjadi padat lalu berlakunya penurunan kelajuan muat turun yang drastik.

Dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia kurang memuat turun sewaktu sahur yang mana mungkin kerana mereka hanya bangun untuk bersahur sahaja. Malah, pukul sembilan malam sampai sehingga 12 tengah malam masih dengan purata kelajuan yang tinggi yang bermakna keadaan trafik 4G lengang berbanding bulan sebelumnya.

Sumber