Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Hat Yai, Thailand, yang masih belum pulih sepenuhnya susulan banjir besar yang melanda selatan Thailand tiga minggu lalu.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata kerosakan harta benda di bandar Hat Yai dianggarkan mencecah RM1.3 bilion, manakala kerja-kerja pembersihan pascabanjir masih giat dijalankan.
Baca Juga:
- Semua Kenderaan Banjir Ditunda Dari Hat Yai Kena Lalui ‘Pemeriksaan Khas’ AKPS

- Amaran Banjir Tahap Merah, Proses Selamatkan Lebih 1,000 Pelancong Malaysia Di Hat Yai Terbantut

- Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Di Hatyai Dedah Sikap Buruk Rakyat Malaysia

Menurut beliau, kebanyakan premis makanan dan lokasi tumpuan pelancong masih belum beroperasi sepenuhnya, petik Free Malaysia Today.
PENGUMUMAN AWAM: AMARAN HUJAN LEBAT DAN BANJIR KILAT PADA 12 HINGGA 20 DISEMBER 2025 pic.twitter.com/zB0QOTI1Yz
— CGMalaysia, Songkhla (@MYCGSongkhla) December 12, 2025
Fahmi turut memaklumkan bahawa wabak penyakit selepas banjir telah memberi tekanan kepada Hospital Hat Yai, yang kini beroperasi hampir pada kapasiti maksimum dan mempunyai ruang terhad untuk menerima pesakit baharu.
“Keadaan ini dijangka berterusan berikutan ramalan hujan lebat sehingga 20 Disember,” katanya dalam satu kenyataan.
Nasihat itu dikeluarkan susulan laporan media yang menyatakan rakyat Malaysia telah mula membanjiri Hat Yai, dengan beberapa kawasan dilaporkan sudah pulih daripada banjir.