Orang ramai bertindak menyerbu Lapangan Terbang Makhachkala Uytash (MCX) selepas penunjuk perasaan yang kebanyakannya beragama Islam bertindak berkumpul di sana dengan harapan untuk ‘menyambut’ penerbangan dari Israel.

Pertempuran di antara pihak berkuasa dengan penduduk yang kebanyakannya dari wilayah Dagestan, Rusia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera, manakala dua lagi kritikal, lapor kenyataan Kementerian Kesihatan Dagestan lewat Ahad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut media Rusia TASS, “mereka yang berkumpul menentang konflik Palestin-Israel.”

Menurut CNN, MCX telah ditutup buat sementara waktu dan penerbangan Israel tersebut telah dialihkan, lapor kenyataan Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia.

Difahamkan bahawa penerbangan Red Wing Airlines dari Tel Aviv dijadualkan tiba pada Ahad jam 7:17 malam waktu tempatan, menurut Flight Aware.

Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai telah bertindak berkumpul di lapangan terbang dan sebahagiannya lagi berada di landasan. Ada di antara mereka kelihatan mengibarkan bendera Palestin, yang lain pula memaksa penguat kuasa menutup terminal antarabangsa untuk rakyat Israel.

Sumber