Setel merupakan pelopor kepada aplikasi yang memudahkan pengguna untuk mengisi minyak menerusi telefon pintar sahaja.

Tidak terhad untuk mengisi minyak di stesen Petronas, aplikasi itu juga membolehkan pengguna membeli barangan di Kedai Mesra, bayar parkir, caj kenderaan EV, langganan insurans dan pelbagai lagi.

Baca Juga:

Antara salah satu sebab ramai menyukai aplikasi tersebut kerana ia juga boleh mengumpul mata ganjaran Kad Mesra. Satu mata ganjaran bersamaan satu sen dan ia boleh ditebus menjadi mata wang di dalam Setel Wallet.

Rupa-rupanya kelebihan ciri-ciri itu digunakan orang ramai untuk dijadikan sebagai tabung kecemasan mereka.

Menerusi hantaran X.com @localrkyt, ramai warganet mengakui mereka menggunakan aplikasi Setel itu untuk dijadikan penyelamat apabila ‘kering’ di penghujung bulan.

Menurut warganet ketika keadaan terdesak, mata ganjaran yang terkumpul memang sangat membantu.

Mata ganjaran dalam Setel jadi penyelamat
'Boleh Buat Beli Roti Sambal Bilis Akhir Bulan' – Ramai Guna Setel Jadi Tabung Kecemasan
Sumber Gambar: X.com @jejulll

Netizen berkata mata ganjaran yang ada di dalam aplikasi tersebut bukan sahaja ditebus untuk membayar duit minyak, netizen juga menggunakannya untuk membeli barangan keperluan.

“Betul itu banyak kali buat haha. Setiap kali sesak, tebus mata ganjaran jadi duit. Jadi bolehlah top up minyak daripada points itu,” – X.com @buwailajulaju

Real. Letak sejumlah duit dalam Setel. Bila dah nak hujung bulan itu kalau ada lebih, bolehlah beli apa-apa dekat Petronas tu. Kopi ke nasi lemak ke contohnya,” – X.com @aliafiah

'Boleh Buat Beli Roti Sambal Bilis Akhir Bulan' – Ramai Guna Setel Jadi Tabung Kecemasan
Sumber Gambar: X.com sf_sy1123

“Jujurnya, sangatlah memudahkan hidup aku. Sebab setiap kali duit gaji masuk dah boleh asingkan siap-siap duit minyak untuk sebulan, kadang-kadang extra sedikit,” – X.com fluffythv

“Baru tebus points hari itu dapat RM27 pun macam nak menangis sebab lagi 3 hari nak gaji, minyak dah blinking,” – X.com @fiezapurple

“Bagus aplikasi ini. Aku isi minyak motor redeem point saja. Parkir pun guna Setel,” – X.com famyyyyyyy

'Boleh Buat Beli Roti Sambal Bilis Akhir Bulan' – Ramai Guna Setel Jadi Tabung Kecemasan
Sumber Gambar: X.com @unicornsistic

Sebagai sebuah aplikasi yang bukan sahaja memudahkan transaksi minyak tetapi juga menyimpan rekod pembelian dan menawarkan ganjaran, Setel boleh dijadikan sebagai tabung kecemasan yang praktikal.