Khairul Aming, pemengaruh media sosial yang menjadi ikutan ramai telah membuat rakyat Malaysia merasa kagum dan cemburu dengan layanan istimewa yang beliau berikan kepada staf kilang Nyet.
Di dalam sebuah hantaran media sosial terbaharunya di laman X, Khairul Aming berkongsi beliau membelanjangkan 100 orang staf di kilang Nyet dengan baju raya dan barangan dapur.
Baca Juga:
- Dendeng Nyet Berapi Dijual RM39.90 Di Sarawak, Pelanggan Rayu Khairul Aming Turunkan Harga
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Video berdurasi lebih seminit itu Khairul Aming merakam perjalanan beliau dan para pekerjanya meraikan hari-hari terakhir bulan Ramadan dengan berbelanja barang keperluaan sebelum hari raya.
Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak 😁 pic.twitter.com/vmMP5xFmGX
— Khairulaming (@khairulaming) April 2, 2024
“Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak,” katanya.
Untuk rekod, ini merupakan tradisi yang selalu dilakukan oleh Khairul Aming dalam meraikan pekerja di dua kilang Nyet, jenama yang sering menjadi sinonim dengan nama pemengaruh media sosial ini.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah sifat pemurah dan tidak kedekutnya seorang Khairul Aming yang memberi bonus kepada pekerjanya.
Dalam video tersebut kelihatan sampul berisi wang yang diberikan Khairul Aming kepada pekerjanya. Kelihatan duit berwarna biru yang dipercayai bernilai RM50 dan kelihatan juga nilai wang RM100 yang diberikan kepada pekerjanya.
perghh tebal wehh agak agak berapa tu! 🤯💵 bestnya jadi staff KA pic.twitter.com/SoGEyIUz0F
— 🇲🇾 (@localrkyt) April 2, 2024
RM5K tu. Tapi yang note RM100 tu nampak macam bukan 5K.
— Januar Haikal (@Januarhaikal) April 2, 2024
2 bulan gaji ni 🤲🏻🥹
— ًِ (@bckupacc99) April 2, 2024
Geng terpaling swasta shaking tgk org dpt bonus ni🫥
— Not your bae (@goodsinners69) April 2, 2024
Di bahagian komen, beberapa netizen mula menawarkan diri untuk bekerja dengan Khairul Aming. Manakala sebahagian pula memuji usaha Khairul Aming yang menghargai penat lelah pekerjanya.
Wahh bestnya!!! Macam mana nk apply kerja ni??!
— POKSU (@NikShariff92) April 2, 2024
Klu bli produk KA pun berbaloi sbb keuntungan tu diberi / dikongsi semula oleh mereka yg memerlukan.Semoga terus maju jaya🫡
— Ranger Hijau (@Habshi_JB) April 2, 2024
New season with KA belanja raya untuk staffs. Semoga terus diluaskan rezeki.
— zafran | takafulexpert | weddingtemplate (@zafranmustafa) April 2, 2024
@khairulaming ada yang tanya kat mana nak hantar resume. ☝️
— ✪ ᴍᴇɢᴀᴛ ʟᴀᴡ (@megatlaw) April 2, 2024
Untuk rekod, selain daripada menghargai pekerja sendiri. Khairul Aming juga pernah tular apabila beliau hadiahkan rantai emas kepada ibunya.
Dalam sebuah tular dikongsikan TikTok @kedaiemassriindah_menunjukkan Khairul Aming bersama ibunya datang kedai tersebut untuk membeli barangan kemas.
Difahamkan Khairul Aming menghadiahkan ibu tersayang beberapa bentuk barangan kemas.
‘Tak dapat beli Dendeng Nyet Berapi tak apa, janji dapat jadi menantu Ma,” itu antara komen-komen yang dikongsikan oleh gadis-gadis selepas menonton video tersebut.
Ramai gadis-gadis cuba memberi ‘pickup line‘ terbaik untuk menarik perhatian dan mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu influencer tersebut.