Selepas orang ramai berebut mendapatkan produk terbaharu Khairul Aming yang sold out dalam masa 3 minit 39 saat, kini influencer itu sekali lagi menjadi bualan warganet selepas melihat ibu beliau di dalam satu video di TikTok.

Video tular dikongsikan TikTok @kedaiemassriindah_ menunjukkan Khairul Aming bersama ibunya datang kedai tersebut untuk membeli barangan kemas.

Baca Juga:

Difahamkan Khairul Aming menghadiahkan ibu tersayang beberapa bentuk barangan kemas.

@kedaiemassriindah_

Hey, whats upp gaiss … tk dapat dendeng berapi pon tkpo lah , dapat tgok founder dendeng berapi mari walk in di kedai pon jjaddii 😍 thankyouu @Khairulaming beli emas buat ibu tersayang 💞😍 #kedaiemassriindah #emas916 #kotabharu #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓 – 𝕬𝖉𝖍𝖔𝖓

‘Tak dapat beli Dendeng Nyet Berapi tak apa, janji dapat jadi menantu Ma,” itu antara komen-komen yang dikongsikan oleh gadis-gadis selepas menonton video tersebut.

Ramai gadis-gadis cuba memberi ‘pickup line‘ terbaik untuk menarik perhatian dan mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada ibu influencer tersebut.

Khairul Aming Hadiahkan Ibu Barangan Kemas, Ramai Gadis 'Request' Mahu Jadi Menantu
Sumber Gambar: TikTok @kedaiemassriindah_
Sumber Gambar: TikTok @kedaiemassriindah_
Sumber Gambar: TikTok @kedaiemassriindah_
Sumber Gambar: TikTok @kedaiemassriindah_

Dalam pada itu, warganet menyatakan salah satu faktor kejayaan Khairul Aming adalah asbab beliau menjaga ibunya dengan baik.

Warganet turut berharap agar Khairul Aming terus diberikan kejayaan dan menjadi salah seorang pembayar zakat terbanyak di Malaysia.

Terdahulu, pencipta konten terkenal itu telah berjaya menjadi produk tempatan mencapai jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop.

Beliau cuma memerlukan 3 minit 39 saat untuk menghabiskan kesemua 80,000 stok Dendeng Nyet Berapi.

Dalam pada itu, salah seorang kru yang terlibat dalam menghasilkan bahan marketing produk tersebut ada mendedahkan kehebatan dan kegeniusan Khairul Aming sebagai storyteller untuk menjual produk-produk di bawah khairulamingbrand.