Banyak perubahan positif terhadap ranking dunia pemain perseorangan lelaki negara selepas berakhirnya kejohanan Terbuka Jerman dan Sri Lanka International Challenge 2025 pada hujung minggu lalu.
Ketika Lee Zii Jia masih kekal di kedudukan ketujuh dengan 77,975 mata, tujuh pemain dibawahnya berjaya mempamerkan peningkatan terutamanya buat Aidil Sholeh Ali Sadikin.
Baca Juga:
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Kesembilan 25 Februari 2025)
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Kelapan 18 Februari 2025)
- Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia (Minggu Ketujuh 11 Februari 2025)
Ia berikut kejayaan beliau menjuarai saingan Sri Lanka International Challenge untuk naik lapan anak tangga bagi berada di ranking ke-60.

Samuel Wee pula walaupun perjalanannya di Sri Lanka tewas seawal pusingan 32, tetapi beliau turut menunjukkan peningkatan dengan menaiki tujuh anak tangga.
Bagi acara beregu lelaki, empat pasangan berjaya naik satu anak tangga iaitu Junaidi Arif-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo dan Kang Khai Xing-Aaron Tai.
Beraksi di pusingan 16 Sri Lanka International Challenge menyaksikan Siti Zulaikha melonjak ke tangga ke-152 untuk naik 13 anak tangga dalam perseorangan wanita.
Pasangan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing turut mempamerkan peningkatan dengan naik sembilan anak tangga susulan kemaraan ke suku akhir Terbuka Jerman untuk berada di ranking ke-38 sebagai beregu wanita kedua terbaik negara.
Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):
Perseorangan Lelaki
1) Lee Zii Jia – 7
2) Leong Jun Hao – 26 (+1)
3) Justin Hoh – 50 (+1)
4) Cheam June Wei – 53 (+3)
5) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 60 (+8)
6) Tan Jia Jie – 89 (-2)
7) Kok Jing Hong – 99 (-1)
8) Ong Zhen Yi – 104 (+2)
9) Eogene Ewe – 111 (+1)
10) Samuel Lee – 158(+7)
Perseorangan Wanita
1) Goh Jin Wei – 47
2) K. Letshanaa – 54 (-1)
3) S. Kisona – 74 (-3)
4) Wong Ling Ching – 93 (+2)
5) Loh Zhi Wei – 140

6) Siti Zulaikha – 152 (+13)
7) Joanne Ng – 172
8) Siti Nurshuhaini – 204 (-1)
9) Eng Ler Qi – 218 (-3)
10) Ong Xin Yee – 249 (-2)
Beregu Lelaki
1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 2
2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 5
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 11
4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 18 (+1)
5) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 24 (+1)
6) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong -26
7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 30 (-2)
8) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 41
9) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 54 (+1)
10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 56 (+1)
Beregu Wanita
1) Pearly Tan-M. Thinaah – 6
2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 38 (+9)
3) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 69 (-10)
4) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 86 (+1)
5) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 95 (-1)

6) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien – 122 (-1)
7) Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi – 126 (-1)
8) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 140
9) Go Pei Kee-Low Yeen Yuan – 198 (-4)
10) Felicia Fong Xin Hui-Flora Fong Xin Jie – 199 (-4)
Beregu Campuran
1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 3
2) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4
3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 14
4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 17
5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 33 (+1)
6) Yap Roy King-Valeree Siow – 57 (-3)
7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 77 (-3)
8) Choong Hon Jian-Go Pei Kee – 100 (+1)
9) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 111 (+7)
10) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 121 (-2)