Ranking dunia terkini yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ke-19 menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah berada pada kedudukan terbaik sepanjang karier mereka.

Hal ini kerana pasangan beregu wanita utama negara itu telah melonjak satu anak tangga untuk berada di ranking keempat dunia.

Baca Juga:

Beregu wanita turut menjadi sektor terbaik buat kem negara apabila tujuh daripada senarai 10 wakil terbaik Malaysia berjaya meningkatkan kedudukan ranking dunia mereka.

Pasangan muda, Ong Xin Yee-Carmen Ting naik empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-60.

Ranking Dunia
Ranking dunia Leong Jun Hao turut menunjukkan peningkatan. Kredit Foto: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Manakala dua pemain perseorangan negara yang beraksi dalam saingan Piala Sudirman tempoh hari iaitu Leong Jun Hao dan Justin mencatatkan peningkatan.

Penurunan ranking bagaimanapun dialami Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang jatuh satu anak tangga.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-19, Mei 2025

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia – 10 (-1)

2) Leong Jun Hao – 24 (+2)

3) Justin Hoh – 45 (+1)

4) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 50

5) Cheam June Wei – 57 (-3)

6) Kok Jing Hong – 80 (-1)

7) Tan Jia Jie – 83 (-1)

8) Ong Zhen Yi – 102 (+4)

9) Eogene Ewe – 113

10) Samuel Lee – 150 (+4)

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 43

2) K. Letshanaa – 50 (+2)

3) S. Kisona – 75 (-1)

4) Wong Ling Ching – 100 (-8)

5) Siti Zulaikha – 127 (-3)

6) Loh Zhi Wei – 134 (+2)

7) Joanne Ng – 199 (-13)

8) Siti Nurshuhaini – 215 (-12)

9) Ler Qi Eng – 220 (+17)

10) Oo Shan Zi – 235 (+16)

Ranking Dunia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut jatuh satu anak tangga. Kredit Foto: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 2

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 5 (-1)

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 21

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 27

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 31 (+1)

7) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 35 (-4)

8) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 42 (-1)

9) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 53 (-2)

10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 60

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 4 (+1)

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 25

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 60 (+4)

4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 94

5) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 95 (+3)

6) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien – 115 (+3)

7) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 134 (+1)

8) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 183 (+7)

9) Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi – 187 (-23)

10) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 218 (+7) 

Ranking Dunia
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei jatuh satu anak tangga. Kredit Foto: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Beregu Campuran

1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 3

2) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 5 (-1)

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 14

4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 16 (-1)

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 33 (-1)

6) Yap Roy King-Valeree Siow – 56 (-2)

7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 83 (+1)

8) Choong Hon Jian-Go Pei Kee – 103 (-1)

9) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 110

10) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 114 (-1)