Kemas kini baharu ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Leong Jun Hao kini memintas kedudukan Lee Zii Jia selaku pemain perseorangan utama negara.

Zii Jia semakin mengalami penurunan ranking selepas beliau terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan ligamen buku lalinya.

Beliau mengalami kecederaan tersebut pada aksi terakhir peringkat kumpulan di BWF World Tour Finals 2024 dan kembali beraksi pada All England 2025.

Namun, kecederaan tersebut berulang kembali ketika Zii Jia tewas kepada Angus Ng Ka Long pada pusingan pertama hingga memaksa beliau melupakan beberapa kejohanan selepas itu.

Selain Zii Jia, enam pemain dari senarai 10 pemain perseorangan negara turut mencatatkan peningkatan ranking masing-masing.

Ia melibatkan Justin Hoh, Kok Jing Hong, Tan Jia Jie, Ong Zhen Yi, Eogene Ewe dan Samuel Lee. Sektor beregu wanita juga turut memperlihatkan peningkatan ranking dunia pemain-pemain muda.

Dengan ketiadaan kejohanan pada minggu lalu, tidak banyak perubahan terutamanya melibatkan kedudukan teratas bagi setiap sektor.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-24, 10 Jun 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao – 26 (+1)

2) Lee Zii Jia – 28 (-7)

3) Justin Hoh – 42 (+1)

4) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 46

5) Cheam June Wei – 57

6) Kok Jing Hong – 75 (+1)

7) Tan Jia Jie – 79 (+3)

8) Ong Zhen Yi – 100 (+1)

9) Eogene Ewe – 101 (+2)

10) Samuel Lee – 147 (+4)

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 45 (+2)

2) K. Letshanaa – 50 (-1)

3) S. Kisona – 87

4) Wong Ling Ching – 99 (-7)

5) Loh Zhi Wei – 130 (+3)

6) Siti Zulaikha – 137 (+3)

7) Ler Qi Eng – 190 (-10)

8) Oo Shan Zi – 197 (+3)

9) Ong Xin Yee – 237 (+6)

9) Ung Yi Xing – 264 (+9)

Ranking Dunia
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kekal di tangga teratas ranking dunia bagi beregu lelaki. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 1

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 2

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 24

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 25

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 31

7) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 37 (+2

8) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 47 (-9)

9) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 59 (+4)

9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 60 (-8)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 3

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 23

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 42

4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 93 (+1)

5) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 126 (+5)

6) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 134 (+3)

7) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 177 (+6)

8) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 205 (+5)

9) Low Zi Yu-Dania Sofea – 221 (+6)

10) Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi – 237 (+4)

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 6

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 13

4) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 33 (+2)

5) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 41 (-12)

6) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 88 (+3)

7) Yap Roy King-Valeree Siow – 93 (-18)

8) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 94 (+1)

9) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 107 (+1)

10) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 125 (+5)