Kem badminton negara terus menikmati minggu cemerlang selepas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kini secara rasminya berada di kedudukan pertama ranking dunia dalam kemaskini terbaharu ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi bagi minggu ke-22.

Meskipun perjalanan mereka dalam saingan Malaysia Masters dihentikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun di suku akhir, kegagalan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen ke pentas akhir telah membuka ruang seluas-luasnya buat Sze Fei-Nur Izzuddin untuk menghuni ranking terbaik dunia itu.

Baca Juga:

Wei Chong-Kai Wun yang muncul juara pula turut mencatatkan peningkatan apabila mereka naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ketujuh.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan kedudukan mereka di ranking ketiga. Manakala, pasangan Kang Khai Xing-Aaron Tai yang beraksi di pusingan 16 naik lima anak tangga untuk berada di ranking dunia ke-53.

Ranking Dunia
Dua pasangan muda semakin meningkat naik dalam senarai ranking dunia, Kang Khai Xing dan Low Zi Yu-Dania Sofea. Kredit Foto: STR/ AHMAD UKASYAH

Dalam acara beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan kembali bersama naik ke kedudukan ketiga bagi menjadikan mereka sebagai pasangan utama negara.

Ia berikutan kedudukan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang turun dua anak tangga untuk berada di kedudukan kelima.

Pasangan beregu wanita muda negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting turut mencatatkan peningkatan mendadak dengan kenaikan enam anak tangga untuk berada di ranking dunia ke-47.

Paling mengejutkan naib juara remaja dunia 2024, Low Zi Yu-Dania Sofea naik 80 anak tangga untuk berada di ranking ke-231 yang sekali gus meletakkan mereka kini di kedudukan ke-10 dalam senarai pemain beregu wanita negara.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Ranking Dunia BWF Minggu Ke-22, 27 Mei 2025

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia – 13 (-2)

2) Leong Jun Hao – 25

3) Justin Hoh – 45

4) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 47 (+1)

5) Cheam June Wei – 58 (-1)

6) Kok Jing Hong – 77

7) Tan Jia Jie – 84 (-1)

8) Ong Zhen Yi – 101

9) Eogene Ewe – 103

10) Samuel Lee – 151

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 48 (-4)

2) K. Letshanaa – 51

3) S. Kisona – 88 (+1)

4) Wong Ling Ching – 93 (+1)

5) Siti Zulaikha – 132 (-7)

6) Loh Zhi Wei – 134 (-2)

7) Ler Qi Eng – 179 (+18)

8) Oo Shan Zi – 201 (+2)

9) Joanne Ng – 210 (-22)

10) Siti Nurshuhaini – 216 (+2)

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 1 (+1)

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 3

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 7 (+1)

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 23 (-1)

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong – 28 (-2)

6) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi – 32

7) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 39

8) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 41

9) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 53 (+5)

10) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 64 (-1)

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 4

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 24

3) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 47 (+6)

4) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 97 (-1)

5) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 113 (-16)

6) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien – 115 (+1)

7) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 133 (-2)

8) Ng Qi Yuan-Yap Rui Chen – 214 (+3)

9) Chan Wen Tse-Chong Jie Yu – 214 (+3)

10) Low Zi Yu-Dania Sofea – 231 (+80)

Beregu Campuran

1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4 (+1)

2) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 5 (-2)

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 14

4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 17 (-2)

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 33 (+2)

6) Yap Roy King-Valeree Siow – 69 (-7)

7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 93 (-6)

8) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 101

9) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 116 (+1)

10) Jimmy Wong-Lai Pei Jing – 138 (+2)