Ranking dunia terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan tidak banyak perubahan dapat disaksikan buat pemain negara.

Hanya sedikit peningkatan ranking dalam sektor perseorangan lelaki bagi pemain-pemain yang beraksi dalam saingan Thailand Masters tempoh hari.

Baca Juga:

Hal ini kerana Cheam June Wei dan Aidil Sholeh Ali Sadikin naik satu anak tangga manakala Kok Jin Hong dengan peningkatan dua anak tangga serta Ong Zhen Yi naik empat anak tangga.

Samuel Lee mencatatkan peningkatan yang cukup mendadak dengan kenaikan 31 anak tangga untuk meletakkannya di kedudukan ranking ke-165.

Acara perseorangan wanita pula menyaksikan Goh Jin Wei naik satu anak tangga manakala Loh Zhi Wei memperbaiki kedudukannya dengan melonjak tiga anak tangga.

Tiada sebarang perubahan bagi 10 pasangan beregu lelaki teratas negara manakala Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Felicia Xin Hui Fong-Flora Xin Jie Fong pula naik dua anak tangga dalam beregu wanita.

Bagi kedudukan 10 beregu campuran terbaik negara pula hanya Loo Bing Kun-Ho Lo Ee mencatatkan penurunan tiga anak tangga dan selebihnya kekal tanpa sebarang perubahan dalam ranking masing-masing.

Berikut merupakan senarai ranking dunia BWF melibatkan pemain badminton negara (10 terbaik):

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia – 7

2) Leong Jun Hao – 27

3) Justin Hoh – 51

4) Cheam June Wei – 56 (+1)

5) Aidil Sholeh Ali Sadikin – 68 (+1)

Ranking
Justin Hoh. Kredit Foto: BAM

6) Tan Jia Jie – 87 (-1)

7) Kok Jing Hong – 98 (+2)

8) Ong Zhen Yi – 106 (+4)

9) Eogene Ewe – 112

10) Samuel Lee – 165 (+31)

Perseorangan Wanita

1) Goh Jin Wei – 47 (+1)

2) K. Letshanaa – 53 (-1)

3) S. Kisona – 71 (-2)

4) Wong Ling Ching – 95 (-1)

5) Loh Zhi Wei – 140 (+3)

6) Siti Zulaikha – 165 (-1)

7) Joanne Ng – 172

8) Siti Nurshuhaini – 203 (-2)

9) Eng Ler Qi – 218 (-3)

10) Ong Xin Yee – 247 (-1)

Beregu Lelaki

Ranking
Sze Fei-NUr Izzuddin kekal di kedudukan kedua dunia. Kredit Foto: BAM

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – 2

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik – 5

3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun – 11

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King – 19

5) Choong Hon Jian-Haikal Nazri – 25

6) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong -26

7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi -28

8) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong – 41

9) Lau Yi Sheng-Lee Yi Bo – 55

10) Kang Khai Xing-Aaron Tai – 57

Beregu Wanita

1) Pearly Tan-M. Thinaah – 6

2) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing – 47

3) Vivian Hoo-Lim Chiew Sien – 59 (-1)

4) Ong Xin Yee-Carmen Ting – 87 (-2)

5) Lee Zhi Qing-Tio Sue Xin – 94 (-2)

6) Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien – 122 (-1)

7) Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi – 125 (-2)

8) Cheng Su Hui-Lee Xin Jie – 140 (-2)

9) Go Pei Kee-Low Yeen Yuan – 194 (+2)

10) Felicia Fong Xin Hui-Flora Fong Xin Jie – 195 (+2)

Beregu Campuran

Ranking
Goh Soon Huat-Shevonb Lai Jemie. Kredit Foto: BAM

1) Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie – 3

2) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – 4

3) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin – 14

4) Tan Kian Meng-Lai Pei Jing – 17

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien – 34

6) Yap Roy King-Valeree Siow – 54

7) Loo Bing Kun-Ho Lo Ee – 77 (-3)

8) Choong Hon Jian-Go Pei Kee – 101

9) Ashraf Daniel Md Zakaria-Lim Xuan – 118

10) Wee Yee Hern-Vannee Gobi – 119