Malaysia memperbaiki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila melonjak naik 3 anak tangga ke 135 dunia berbanding 138 pada kemas kini terbaharu 20 Jun 2024.
Keputusan itu adalah hasil daripada kejayaan skuad Harimau Malaya mengikat Kyrgyzstan 1-1 dan menewaskan Chinese Taipei 3-1 ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada minggu lalu.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Meskipun gagal mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, kutipan mata ranking tetap dibawa pulang dan membantu memperbaiki kedudukan negara.
Hasil keputusan itu, Harimau Malaya meraih tambahan +10.23 mata dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1107.58 mata.
[FIFA Rankings update]
2026 FIFA World Cup qualification
🇲🇾 Malaysia 3-1 🇹🇼 Chinese TaipeiPoints after match
🇲🇾 1107.58 (+ 10.23)
🇹🇼 991.34 (- 10.23)Rankings after match
🇲🇾 134 (🔼 2)
🇹🇼 163 (🔽 2)#FIFARankings #WCQ #AsianQualifiers— Footy Rankings (@FootyRankings) June 11, 2024
Bagaimanapun, kedudukan itu menyaksikan Malaysia masih kekal dibawah Indonesia selepas skuad kendalian Shin Tae-yong tersebut memperoleh tambahan +11.72 mata selepas menewaskan Filipina 2-0.
Skuad Garuda mengumpulkan sebanyak 1108.99 mata dan kini menghuni kedudukan ke-134 dunia. Mereka berpotensi melonjak lebih tinggi jika mencatat kemenangan atau seri dalam saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 nanti.
Bulan Mac lepas, Indonesia mencuri tumpuan apabila muncul sebagai pasukan paling banyak mengutip mata ranking FIFA di dunia selepas mengumpulkan +30.04 mengatasi rekod lama mereka.
Jumlah mata keseluruhan yang dikumpulkan oleh Indonesia sekaligus memastikan mereka memintas kedudukan ranking Malaysia selepas 5 tahun.
Namun begitu, Malaysia juga masih berpeluang memperbaiki kedudukan ranking FIFA dalam perlawanan seterusnya iaitu Pesta Bola Merdeka dan Piala AFF 2024.
Jumlah mata ranking yang ditawarkan dalam dua kejohanan ini setaraf aksi persahabatan antarabangsa Tier A dan nilainya lebih rendah daripada saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kedudukan ranking FIFA ini penting dan perlu diperbaiki untuk berada dalam balang 1 sebelum undian rasmi Kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung pada 19 Disember nanti.