Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia dilaporkan sering bercuti ke Thailand berbanding di dalam negara sendiri. Antara punca warga tempatan lebih selesa ke sana dek kerana harga yang lebih berpatutan terutamanya dalam bab makanan.

Baru-baru ini, seorang wanita tular di media sosial selepas dia mendakwa menjadi mangsa harga makanan di Pulau Pangkor, Perak yang mana dikatakan cekik darah dan menindas pelancong.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian di TikTok @kekyahfornour, wanita itu berkata dia terkilan dengan harga yang diperlu bayar meskipun keadaan kedai yang biasa-biasa sahaja.

Malah, pelanggan wanita itu turut membuat perbandingan antara harga makanan di Pulau Pangkor dengan lokasi lain di ibu negara yang jauh lebih hebat.

“Ikan bakar siakap dalam 600 gram ke 700 gram RM75, kalah harga ikan kat KLCC dengan Pavillion. Kedai kerusi pun berkulat. Service out, then rasa biasa-biasa je.

“Total makan RM142 since minum air kosong je. Sorry saya bukan jenis berkira pasal makanan tapi ini memang tidak berbaloi. Sama harga macam ikan kat Swiss harga dia.

“Makan kat Singapura pun tak semahal makan kat sini  walaupun darab 3.5,” luahnya di dalam kapsyen video tersebut.

Dalam hantaran yang sama, wanita itu turut berpesan kepada para pelancong agar berhati-hati dalam memilih kedai ketika bercuti di pulau peranginan popular tersebut.

“Bila tak travel lokal, selalu persoalkan tak support. Tapi tengok peniaga jenis cekik darah macam ni.

“Sesiapa ke Pangkor, hati-hati la makan kat area Teluk Nipah ni. Korang makan area city je la selamat, harga tak cekik darah macam ni,” tambahnya lagi.

@kekyahfornour

Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth.. sama harga mcm makan ikan kat swiss harga dia.. makan kat singapore pon x semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.. Bila x g travel local selalu persoalkan x support local tapi see peniaga jenis cekik darah cmni.. Sesiapa g pangkor tu hati2 la makan kat area teluk nipah ni.. korang makan area city je la selamat harga x cekik darah mcm ni..

♬ Cukup – Fieya Julia

Sementara di ruangan komentar, sejumlah individu termasuk penduduk setempat turut mendedahkan pernah mengalami pengalaman serupa terjerat dengan harga cekik darah di pulau berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok @kekyahfornour
Sumber Gambar: TikTok @kekyahfornour

Walaupun pemandangan sangat cantik di pulau peranginan tersebut, sayang sekali jika tidak mendapat tarikan warga tempatan kerana sikap segelintir peniaga yang mengenakan caj harga yang mencekik darah.