Penyerang muda, Emil Hojlund meninggalkan FC Copenhagen untuk menyertai kelab saingan liga divisyen 2 Jerman (2. Bundesliga), Schalke 04.
Emil yang merupakan adik kepada penyerang utama Manchester United, Rasmus Hojlund telah menandatangani kontrak selama empat musim bersama kelab tersebut sehingga 30 Jun 2028.
Baca Juga:
- Ini Perkara Erik Ten Hag Perlu Selesaikan Segera Selepas Kontrak Dilanjutkan
- Anak Presiden Serbia ‘Join’ Gaduh Dengan Peminat England
- Gareth Southgate Letak Jawatan Pengurus England
Perkembangan terkini mengenai pemain berusia 19 tahun itu disahkan Schalke menerusi satu pengumuman rasmi di laman sosial rasmi pasukan.
Emil akan menggunakan jersi bernombor 15 telah menarik minat pengendali pasukan, Karel Geraerts selepas beliau meledakkan 16 jaringan dan mencipta lima gol dalam saingan Liga Denmark Bawah 19 tahun pada musim lalu.
Malah pada musim lalu, beliau turut pernah membuat dua penampilan bersama skuad senior FC Copenhagen dalam mengharungi saingan UEFA Conference League.
Selain Rasmus, Emil turut mempunyai seorang saudara kembar yang menyertai Jerman Eintracht Frankfurt pada bulan lalu iaitu Oscar Hojlund dimana beliau beraksi di posisi tengah.
Schalke 04 yang sebelum ini merupakan antara pasukan terkenal dalam kancah domestik di Jerman terpaksa beraksi di saingan divisyen dua selepas ‘turun pangkat’ pada 20 April 2021.
Selepas semusim, mereka kembali semula ke kempen Bundesliga tetapi diturunkan semula selepas menamatkan musim 2022/23 di kedudukan ke-17.
Musim lalu menyaksikan Schalke 04 hanya berada di tangga ke-10 saingan 2. Bundesliga selepas mengumpul 43 mata hasil 12 kemenangan, tujuh keputusan seri dan 15 kekalahan.