Pemain Mesir, Omar Marmoush rasmi menyertai Manchester City dari Eintracht Frankfurt. Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Manchester City sebentar tadi. Marmoush menjadi antara pemain paling cemerlang dalam liga utama Eropah musim ini. Dan dia sedang berada dalam prestasi terbaiknya.

Telah menarik perhatian banyak kelab besar yang lain. Pemain itu akhirnya menjadi milik Man City yang merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

Omar Marmoush teruja sertai Manchester City

City membayar €70 juta untuk mendapatkan pemain antarabangsa Mesir itu. Dengan ditambah bonus sekitar €5 juta lagi. Dia setuju dengan kontrak selama 4 setengah tahun.

Omar Marmoush boleh membuat debut bersama Manchester City menentang Chelsea pada Sabtu ini. Pemain tersebut mungkin juga boleh menjadi pemerhati terlebih dahulu pada Sabtu ini.

Perpindahan ini membuatkan Man City kii sudah membelanjakan sekitar €145 juta untuk jendela perpindahan Januari.

Marmoush berkata: “Saya tak akan lupakan hari ini. Menandatangani dengan Man City, salah sebuah kelab terbesar di dunia. Saya rasa sangat hebat. Saya sangat gembira, keluarga saya bangga, dan kami semua gembira berada di Manchester.

“Dengan adanya, Pep, staf teknikal dan juga fasiliti berkelas dunia di sini, pemain pemain ada segalanya untuk menjadikan mereka lebih baik. Ini adalah perkara yang benar benar memikat saya untuk datang ke sini, ketika kesempatan itu tiba kepada saya. Dan saya akui saya nak memenangi trofi di sini. Man City telah menjadi kelab paling berjaya di England dalam banyak banyak tahun.

“Dan saya juga tahu, saya baru sahaja menyertai kelab yang ada atmosfera dan budaya kemenangan. Saya mahu belajar daripada staf dan rakan sepasukan saya, dan saya mahu menjadi pemain yang berharga dalam pasukan ini.”

Marmoush menjadi pembelian ketiga Man City pada Januari selepas Abdukodir Khusanov dari Lens dan Vitor Reis dari Palmeiras. Di mana Khusanov dan Reis sudah memulakan sesi latihan masing masing pada Selasa dan sedia untuk diturunkan menentang Chelsea.

Marmoush yang berusia 25 tahun telah menjaringkan 20 gol untuk Frankfurt musim ini setakat ini. Dia akan memakai jersi no.7 di kelab itu. Dia akan menjadi pemain yang boleh mengisi kesemua posisi di bahagian serangan terutama sekali no.10. Pep Guardiola boleh meletakkan dia di belakang Erling Haaland di serangan atas mereka. Pada masa yang sama Omar Marmoush turut boleh bermain di bahagian sayap.

Jika penyerang antarabangsa Norway mereka, Erling Braut Haaland tidak dapat beraksi, sama ada digantung atau mengalami kecederaan, kini Man City memiliki pilihan baharu untuk posisi no.9. Kerana penyerang antarabangsa Mesir itu juga sangat efektif bermain peranan yang lebih ‘central’ di barisan serangan. Kehadiran Omar Marmoush benar benar diharap akan dapat membantu Manchester City bangkit dan memperbaiki separuh kedua musim mereka.