Selepas dua musim meninggalkan Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali kembali menyertai kelab tersebut bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia 2024/25.

Turut mengikuti jejak langkah Rizal ialah bekas rakan sepasukannya ketika bersama Kedah (2020) dan Sabah (2023), Muhammad Irfan Zakaria.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkembangan terkini kepulangan dua pemain tersebut disahkan menerusi pengumuman rasmi berasingan di laman sosial kelab tersebut, sebentar tadi.

“Saya pulang ke Kedah atas banyak sebab terutamanya 2024 ni saya rindu dengan keluarga, orang tua saya tidak berapa sihat,” ujar Rizal menurut kenyataannya di laman Facebook KDA FC.

“Apapun saya berterima kasih kepada KDA FC bawa saya pulang kembali dan saya akan buat yang terbaik.”

“Saya harap penyokong diluar sana penuhkan kembali stadium seperti sebelum ini. InsyaAllah 2024 saya percaya ada sinar,” tambah Rizal Ghazali lagi.

Selain Rizal dan Irfan, KDA FC turut mengumumkan kehadiran Muhammad Syafiq Ahmad selaku pemain pinjaman serta Zamri Pin dari Negeri Sembilan.

Menyertai Kedah dari Perlis pada 2014 ketika pasukan tersebut beraksi dalam saingan Liga Premier, Rizal kemudiannya menjadi tunjang kepada kekuatan skuad Kenari.

Ia jelas dibuktikan apabila beliau muncul Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016 dimana Kedah muncul juara selepas menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas lapan musim bersama, beliau bersama seorang lagi bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar (kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun) memilih untuk menyertai Sabah.

Menurut statistik yang dikeluarkan kelab tersebut, Rizal telah membuat 178 penampilan dengan menjaringlan 11 gol serta mencipta 14 bantuan jaringan sepanjang bersama Perlis, Kedah dan Sabah.

Manakala, Irfan Zakaria pula hanya beraksi semusim bersama Kedah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur City pada musim 2021.