Bagi anda yang merantau ke negeri lain, pastinya anda jarang dapat pulang ke kampung halaman disebabkan kekangan masa.

Akan tetapi, di kampung halaman anda, ada insan yang masih setia menanti di muka pintu mahu menatap anda pulang ke dakapan iaitu mereka yang bergelar ibu bapa.

Baca Juga:

Ketika ini, kita sudah menjalani ibadah berpuasa dan tidak lama lagi, kita akan menyambut Syawal. Apa kata anda pulang ke kampung halaman untuk iftar bersama ibu bapa anda sebelum Aidilfitri tiba.

Mari kami kongsikan kenapa anda perlu pulang ke kampung untuk iftar bersama kedua ibu bapa anda.

1. Rawat kerinduan ibu bapa

Tidak sama berbual melalui telefon bimbit dengan bersemuka. Ini kerana, ibu bapa tidak dapat memeluk anda dan melihat anak kesayangan yang mereka besarkan dari kecil sehinggalah dewasa.

2. Makan masakan keluarga

Percayalah, ketika mereka hanya berdua di rumah, mesti mereka hanya makan sedikit sahaja berbanding apabila anda pulang. Mereka akan masak banyak masakan enak terutama sekali kegemaran anda dan dapatlah anda makan masakan air tangan ibu anda serta mereka pun akan lebih berselera.

3. Meluangkan masa bersama ibu bapa

Anda dapat meluangkan masa bersama ibu bapa dan membantu mereka dalam membuat persiapan raya selepas iftar. Dapatlah meringankan kerja mereka menghias rumah.

4. Beribadah bersama

Selain iftar bersama, anda juga boleh beribadah menunaikan solat terawih berjemaah sama seperti ketika anda masih kecil.

Pastikan anda balik iftar bersama ibu bapa anda sebelum habisnya bulan Ramadan ini. Ciptalah memori banyak-banyak bersama ibu bapa anda kerana kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang kita akan ada bersama mereka.

Cara semak waktu terbaik untuk balik kampung

Sebelum anda pulang ke kampung, pastikan anda muat turun dulu aplikasi PLUS untuk rancang perjalanan anda. Barulah tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas terutama sekali untuk anda yang melalui laluan PLUS.

Jika anda menggunakan aplikasi PLUS, terdapat fungsi ‘Planner’ dimana akan membantu anda merancang perjalanan dari lokasi anda bermula hingga ke destinasi di tuju.

Bukan sahaja ada ‘live traffic’ tetapi anda juga boleh tambah lokasi hentian Rehat & Rawat (R&R) dimana anda boleh membeli lauk dan buah tangan tambahan untuk bawa ke kampung anda.

Malah, anda juga boleh berehat sebentar di mana-mana R&R jika mengantuk sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan. Apa pun, berhati-hati dalam perjalanan dan selamat pulang ke destinasi anda!