LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa!

Buat anda yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya sesuai dan selesa untuk didiami, inilah masa yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

Siapa tahu rezeki anda dapat menang hadiah istimewa yang ditawarkan LBS!

Rumah Baru, Rezeki Baru, Hujan Emas Raya Ini! Bernilai sehingga RM600,000*

Kempen ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ menawarkan orang ramai kesempatan untuk memenangi jongkong emas 999.9.

Memang meriah sakan raya anda! Bukan sahaja dapat beraya di rumah baru, siap boleh menang hadiah berupa emas lagi! Syoknya!

“Nak ada rumah sendiri ni bukan senang, nak taknak kena ada pendapatan bulanan untuk perbelanjaan tetap. Nak bayar bil lagi, belanja harian lagi. Fuhh mencabar!”

Untuk pengetahuan, inilah tujuan utama kempen ini diadakan. Ia memudahkan pemilikan rumah baru anda di kawasan yang harmoni dengan persekitaran kondusif kerana LBS komited untuk memastikan setiap orang berpeluang untuk mempunyai rumah yang bersesuaian mengikut keperluan mereka.

LBS juga ingin jadikan pemilikan ini lebih bermakna dengan menawarkan ganjaran menarik di samping insentif pembelian yang bakal memudahkan urusan pemilikan rumah anda!

Antara kelebihan yang ditawarkan adalah:

Pakej kelengkapan perabot (Untuk projek terpilih sahaja)
Ganjaran kesetiaan
Pengecualian yuran guaman
Skim bayaran fleksibel
Yuran keluar sifar
Bayaran tempahan rendah

Kempen sehingga 31 Mei ini, jangan lambat nanti rugi!

Buat anda yang dah tak sabar nak miliki rumah baru dan rebut peluang untuk menangi jongkong emas, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menandatangani perjanjian jual beli dan mendapatkan kelulusan bank sebelum 31 Mei 2024.

Tak pasti nak pilih projek LBS yang mana? Apa kata tinjau beberapa kawasan perumahan yang dibangunkan LBS seperti di bawah:

KITA; CyberSouth
Prestige Residence, Seri Kembangan
Astella @ D’island Residence, Puchong
BSP Sutera (pangsapuri), Puchong
BSP Sutera (rumah bandar), Puchong

Golden Raya Challenge

Selain jongkong emas, LBS juga nak bagi anda peti sejuk mini, airfryer, smart speaker dan baucar saguhati khusus buat anda yang menyertai Golden Raya Challenge!

Golden Raya Challenge adalah permainan maya yang boleh anda sertai melalui pautan di SINI.

Alang-alang dah main game itu, jangan lupa untuk sertakan sekali butiran peribadi anda, kalau tak melepaslah peluang anda nak menang hadiah-hadiah tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’ dan senarai penuh projek pembinaan yang terlibat, anda klik di SINI.

*Tertakluk pada terma dan syarat