Satu Syawal adalah hari istimewa yang dinantikan umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan dan bergembira setelah sebulan berpuasa.

Kemeriahan persiapan dan sambutan Aidilfitri termasuk membeli baju raya, bermain bunga api, rumah terbuka dan berkumpul bersama keluarga pasti membuat sesiapa pun teruja terutamanya anak kecil.

Namun, dalam kegembiraan menyambut lebaran, ada segelintir insan yang merayakannya dalam suasana suram, sayu dan serba kekurangan seperti anak yatim serta golongan asnaf.

Raya yang lebih sempurna

Tonton video menyayat hati anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting, Selangor dan selami kisah serta makna hari raya sebenar buat mereka.

Marilah bersama-sama menyumbang ke Rumah Amal Raudhatul Jannah bagi menceriakan Syawal anak-anak kurang bernasib baik ini.

Masukkan kod “JASMINE” pada bahagian rujukan penerima dan JASMINE akan menggandakan nilai sumbangan anda.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun 12074010066444 (Bank Islam Malaysia Berhad – Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah).