Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah cukup dikenali di kalangan peminat automotif dunia sebagai seorang pengumpul kereta tegar. Sehinggakan ada laporan menyatakan nilai keseluruhan jumlah koleksi kereta dimilikinya melebihi nilai kelab bola sepak Manchester United.
Pada malam semalam, 3 Ogos, Sultan Brunei berkenan menghadiri majlis makan malam dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Baca Juga:
- Wanita Dari Selangor Mahu Pulangkan Perisai Antik Berusia 300 Tahun Kepada Sultan Brunei
- 430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19
- 9 Sebab Kenapa Sultan Brunei Dikagumi Ramai
Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kira-kira jam 8 malam disambut Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Apa yang mencuri tumpuan ramai apabila Sultan Brunei menerima hadiah daripada Anwar Ibrahim berupa sebuah stereng kereta Formula 1 semasa lawatan rasminya.
@jason.yew Sultan Brunei dapat stereng F1 daripada PM Anwar #🇲🇾🇧🇳 #sultanbrunei #PMX #anwaribrahim #malaysiamadani #KEADILANuntukSemua
Menerusi video TikTok yang dikongsikan @jason.yew, reaksi ketua negara Brunei itu nampak sangat teruja dan gembira apabila menerima hadiah tersebut.
Orang ramai tumpang gembira sama melihat keakraban kedua-dua pemimpin negara yang jelas terpampang pada wajah masing-masing.
Pada masa sama netizen juga terkejut, tidak menyangka Anwar Ibrahim akan memberikan sebuah stereng F1 sebagai hadiah kepada tetamunya.
Terdahulu, Sultan Brunei mengadakan lawatan ke Malaysia mulai 2 hingga 4 Ogos ini sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) kali ke-24 antara Malaysia dan Brunei Darussalam.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.