Real Madrid dilaporkan sudah sedia untuk menjual Vinicius Jr dengan tanda harga yang mereka tetapkan.

Vinicius Jr masih gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan Real Madrid. Laporan Marca sebelum ini menyebut bahawa kedua dua pihak gagal mencapai kata sepakat dari segi permintaan gaji pemain itu.

Vinicius meminta gaji setara dengan Kylian Mbappe dalam kontrak baharunya. Real Madrid pupa menawarkan gaji yang lebih rendah dan menyatakan bahawa kelab sudah menawarkan tawaran terbaik.

Seterusnya kebiadapan Vinicius ke atas Xavi Alonso baru baru ini juga dianggap memburukkan lagi keadaan. Kelab sudah memberikan amaran bahawa tidak akan pernah ada mana mana pemain lebih besar daripada kelab Real Madrid.

Pengurusan tertinggi Real Madrid memberikan kebenaran kepada Xabi Alonso untuk menjual Vinicius Jr. Namun kelab hanya akan menerima bayaran bernilai €150 juta untuk pemain itu.

Harga itu dianggap harga paling munasabah untuk salah seorang pemain terbaik di dunia pada masa ini.

Sebelum ini Real Madrid pernah menerima tawaran daripada sebuah kelab Saudi untuk Vinicius. Namun pemain itu menolak perpindahan ke Saudi.

Real Madrid menjangkakan bidaan dari Arab Saudi akan tiba sekali lagi untuk Vinicius Jr. Pemain antarabangsa Brazil itu sebelum ini menegaskan bahawa dia masih sayangkan Real Madrid.