redONE Network Sdn Bhd (redONE Mobile) telah mengumumkan kerjasama strategik bersama Sabah Football Club Sdn Bhd (“Sabah FC”) bagi musim 2025/2026.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan, redONE Mobile berpendapat kolaborasi ini mencerminkan matlamat bersama untuk menyokong pembangunan sukan tempatan sambil memberi lebih manfaat kepada komuniti penyokong di Sabah melalui usaha penjenamaan dan penglibatan bersama.
Baca Juga:
- redONE Mobile & Safee Sali Jalin Kerjasama, Perkenal Pelan Tanpa Had Postpaid FC40
- Tawaran Istimewa redONE Mobile: RM1 Juta Untuk Atlet Malaysia Bawa Pulang Emas Olimpik 2024
- Pelan Prabayar Terbaru Dari redONE Tawar Sehingga 20.5GB
Menerusi perjanjian ini, redONE Mobile adalah rakan strategik dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi rasmi bagi pasukan Sabah FC, juga dikenali sebagai The Rhinos, yang aktif bertanding dalam kejohanan bola sepak kebangsaan.
Kerjasama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara peminat setia di Sabah dengan pasukan kegemaran mereka, malah turut memperkukuh keupayaan dan daya saing Sabah FC dengan sokongan yang relevan bagi terus memacu prestasi mereka di arena bola sepak kebangsaan.
Perjanjian bersama ini telah dimeterai secara rasmi di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah, menandakan bermulanya kerjasama strategik antara redONE Mobile dan Sabah FC.
Menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak masing-masing ialah Encik Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile dan Encik Md. Joh Hj. Wid, Pengurus Besar Sabah FC. Sesi tersebut turut disaksikan oleh Encik Ben Teh Beng Hock, Ketua Pegawai Jualan Kumpulan redONE Mobile serta YB Datuk Ir. Shahelmey, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hj. Awang Kadin Tang, Timbalan Presiden SAFA, Encik Shamsuddin Mohd Shah, Setiausaha SAFA, Tuan Rafie Robert, Naib Presiden SAFA, Encik Mohd Syazwan Imran, Ketua Pegawai Operasi Sabah FC, Encik Tee Yee Yaw, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan redONE Mobile serta ahli pengurusan redONE Mobile dan Sabah FC yang memberikan sokongan terhadap kerjasama ini.
Melalui kerjasama strategik ini, redONE Mobile akan memperkenalkan pelan pascabayar tanpa had eksklusif yang direka khas untuk peminat bola sepak di Malaysia.
Dengan hanya RM50 sebulan, pelan ini menawarkan data ekstra dan panggilan tanpa had di rangkaian terluas serta tanpa kontrak.
Lebih menarik, pelan Postpaid FC50 ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan dua jersi edisi terhad Sabah FC 2025, ‘Home’ dan ‘Away’ secara percuma.
“Sabah FC sentiasa mewakili semangat juang dan kebanggaan rakyat Sabah. Kami berbesar hati untuk terus bersama-sama pasukan ini, menyokong mereka di dalam dan di luar padang, sambil mengukuhkan komitmen kami terhadap komuniti tempatan melalui rangkaian mudah alih yang lebih baik dan perkhidmatan yang mudah diakses.”
“Di redONE Mobile, kami percaya kepada kerjasama yang membawa nilai sebenar – bukan sahaja untuk jenama atau sukan, tetapi kepada komuniti secara menyeluruh.”
“Dengan inisiatif seperti pelan eksklusif Postpaid FC50, kami berbangga dapat menawarkan rakyat Sabah, khususnya peminat Sabah FC, lebih daripada sekadar pelan postpaid.”
“Kami menawarkan peluang untuk kekal berhubung sambil terus menyokong pasukan kesayangan mereka,” kata Encik Ameen.

Kerjasama redONE Mobile, Sabah FC Satu Evolusi Penting
Mengulas mengenai kerjasama ini, YB Datuk Shahelmey berkata, “Perjanjian baharu ini mewakili satu evolusi penting dalam kerjasama kami bersama redONE.”
“Mengatasi model penajaan tradisional, kerjasama strategik ini membolehkan Sabah FC memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyokong dan mempromosikan pelan redONE | Sabah FC.”
“Menerusi inisiatif ini, kelab akan menerima manfaat daripada aliran pendapatan tambahan, termasuk insentif dan komisen, yang akan menyumbang kepada kelestarian jangka panjang kelab serta usaha untuk meningkatkan penglibatan peminat.”
“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen redONE Mobile untuk menyokong sukan tempatan sambil memberikan lebih manfaat kepada rakyat Malaysia.”
“Dengan matlamat yang sama dan sokongan padu daripada peminat, redONE Mobile dan Sabah FC optimis untuk menghadapi musim kejayaan bersama, di dalam dan di luar padang.”
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran redONE Mobile atau untuk menjadi Penasihat Jualan redONE dan membuka peluang pendapatan melalui pelan mudah alih Sabah FC eksklusif serta produk dan perkhidmatan lain, sila layari
redonemobile.com.my.