Seluruh dunia menyokong dan memuji keberanian remaja Australia berusia 17 tahun, Will Connolly yang bertindak memecahkan telur ke kepala senator Australia, Fraser Anning.

Susulan insiden tembakan rambang oleh seorang terrorist di New Zealand, Fraser mengeluarkan kenyataan menyalahkan pertambahan golongan imigran beragama Islam di New Zealand menjadi punca kepada insiden tembakan tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam dunia sedang marah dengan kenyataan tidak sensitif Fraser ini, Will ‘Egg Boy’ Connoly muncul sebagai ‘wira’ kerana dengan beraninya memecahkan telur ke kepala Fraser.

Will kemudiannya dijatuhkan oleh pengikut setia Fraser dan dapat dilihat Fraser sempat menumbuk dan menampar Will sebelum beliau dijatuhkan ke lantai.

Namun, Will tetap tenang dan tidak melenting langsung walaupun beliau dijatuhkan dengan agak teruk. Menurut NZ Herard, Will turut mengeluarkan kenyataan ini di sosial media, “Jangan ‘telurkan’ ahli politik… atau akan ‘dirempuh’ oleh 30 orang dalam satu masa. Saya belajar sesuatu daripada perkara ini.”

https://twitter.com/andytelasai/status/1106917458579841024

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengecam tindakan senator berkenaan yang menggunakan insiden tembakan di Christchurch untuk mengkritik imigran Muslim bagi kepentingan peribadi. Jacinda turut melabelkan tindakan berkenaan sangat tidak bermaruah.

Ada warga Australia yang mahu Fraser Anning didakwa kerana memukul budak bawah umur dengan sengaja. Satu petition turut dibuat supaya beliau dipecat daripada jawatan senator Australia. Menariknya, petition berkenaan sudah mendapat lebih 800,000 tandatangan!

Fraser Petition

Semoga kerajaan Australia akan mengambil tindakan terhadap Fraser dalam masa terdekat. Dan buat Will, walaupun baru berusia 17 tahun, anda akan terus dikenang sebagai wira kerana berani melawan ideologi ekstrimisme.Respect!