Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman pada Selasa kerana mengacu pisau di dada pemandu kenderaan e-hailing di tepi jalan di Taman Keladi, kini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata polis telah selesai merekod keterangan suspek bagi melengkapkan siasatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya ringkas.

Pada hari semalam, kami sudah melaporkan seorang pemandu e-hailing berdepan saat cemas diacu sebilah pisau oleh seorang remaja lelaki dalam kejadian di Taman Keladi, pada Isnin.

Pemandu itu bagaimanapun terselamat setelah menggigit tangan remaja tersebut, menyebabkan suspek bertindak melarikan diri.

Mangsa membuat laporan polis sekitar jam 8 malam Isnin dan remaja berkenaan ditahan dua jam kemudian. Malah, motif sudah diketahui yang mana remaja terbabit melakukan tindakan sedemikian kerana telah dimaki sewaktu dalam perjalanan.

Sumber