Pada Isnin lalu, koleksi kolaborasi khas Starbucks dan BlackPink telah menjadi fenomena apabila ramai peminat BlackPink berpusu-pusu mendapatkan koleksi terbabit.

Dapat dilihat di media sosial, para peminat BlackPink telah beratur seawal 6 pagi di depan cawangan Starbucks semata-mata mahu menjadi yang terawal mendapatkan koleksi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@tolovebeloved

Nooooo!! I didnt come here early to get nothinggggg. The stock so limited at this drive-thru 😭😭😭 #starbucksblackpink #starbucksmalaysia #malaysiablink #blackpink

♬ How You Like That – BLACKPINK

@fikrybakri

demi seketul tumbler starbuck😭😭😭 , tak tido seharian esok kerja ni masing2🥹 #blackpinkxstarbucks #malaysiastarbuck #fyp #tumblerblackpink

♬ Shut Down – BLACKPINK

@shafiqmusa2

Bila nampak dia decor terpaling happy la .. esok nak berperang ni . sabar jap . #starbucksblackpink #viral #Malaysia #tiktokmalaysia #fypmalaysia #fypシ

♬ Pink Venom x Blackpink x Showmusik Edit – Showmusik

Akan tetapi, ada juga yang berasa hampa kerana boleh dikatakan banyak barangan ‘sold out’ dalam masa beberapa minit ia mula dijual.

Susulan itu, ada individu yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan koleksi istimewa BlackPink tersebut dengan harga yang mahal.

Menerusi hasil tinjauan kami di laman Carousell, tumbler koleksi khas BlackPink dijual sehingga RM1,500 sedangkan harga tumbler paling mahal dijual hanyalah RM478.

Akan tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada barangan yang diiklankan itu sudah terjual ataupun belum. Pastinya, peminat BlackPink yang betul-betul mahukan barangan tersebut akan beli juga walaupun terpaksa beli dengan harga mahal.